Sungguh, gadis itu malu. Malu pada dirinya sendiri yang sudah gagal memelihara diri.
Hati yang selama ini dipagar rapi, tumpas di curi jejaka soleh itu..
Ok, dah baca cerita skema kat atas tu? Apa yang si wanita yang dah jatuh hati pada si jejaka soleh ni boleh buat?
1. Pendamkan isi hati, Berdoa agar Allah jodohkan mereka.
2. Luahkan isi hati, dan mintak jejaka soleh itu jadi suaminya.
mencari destinasi cinta sendiri. |
Boleh ke, Gadis Lamar Jejaka?
Pada saya, seseorang tu berhak ke atas kebahagiaan dia sendiri. (dengan izin Allah)
If she is daring enough, to choose a man of her won that she thinks will be the best,why not?
Pilihan selalunya terletak di tangan lelaki, Tapi adakah itu bermaksud dalam hal jodoh dan rumahtangga, wanita adalah bisu dan pekak?
Anas r.a. berkata di sisi anak perempuannya :
Ertinya :
"Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda). Berkatalah wanita itu : "Adakah dikau punyai hajat kepadaku?" Maka anak perempuan Anas menyampuk : "Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya." Maka Anas menjawab : "Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW." ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).
Kalau kena cara dan adatnya. InsyaAllah tak jadi masalah.
Perkahwinan bukan satu yang main-main.
Ada wanita yang tak mahu terbabit dengan komitmen dengan tujuan menjaga diri, bayangkan bagaimana mereka mahu memilih jodoh mereka? Kalau memang mereka ada yang sudah berkenan, sudah cup awal-awal, tak apa. Tapi yang tak ada? Patut menunggu siapa-siapa yang sudi sahajakah? Tak adakah hak untuk mereka ni, untuk memilih teman hidup sendiri?
saya tak menolak, atau menidakkan yang kita perlu berserah dan percaya pada janji Allah. Tapi dalam konteks perigi cari timba, seumpama pesakit cari ubat, (eh sesuai tak?)
Wanita juga berhak memilih, yang dirasakan terbaik. Kalaupun bukan jodohnya dengan siapa yang dia sukai, sekurang-kurang dia mencuba, dan dia tak akan menoleh kebelakang lagi kan?
Tunggu dengan sabar
'
Suka saya baca, cerita cinta Saidina Ali dan puteri nabi, Fatimah.
Fatimah dalam diam, mengkagumi Ali (kata orang admire). Dan cintanya pula tak bertepuk sebelah tangan.
Cumanya si Ali belum cukup kemampuannya pada saat itu. Dia pun kerja keras untuk duit mahar.
Dalam dia mencari tu, tak dibagitaunya Rasulullah akan niatnya. Dia berserah pada Allah.
Bayangkan perasaan Ali, bila Fatimah berkali-kali disunting lelaki yang jauh lebih berkaliber dan jauh lebih berpengalaman darinya.
Namunkan, bak kata orang, jodoh tak ke mana, Saidina Ali dan Saidatina Fatimah last-last kahwin jugak..
Pengajaran cerita tu, agaknya, suruh kita berusaha dan bersabar. Tunggu dan mengharap padaNya..
So mana satu agaknya anda?
Berani tak nak melamar jejaka soleh pilihan hati seperti Khadijah isteri Rasulullah?
Atau nak menunggu sepertimana Fatimah?