Monday, November 23, 2009

Dilema Sebenar Melayu

Assalamualaikum dear readers semua.
Hari ni entry serius sikit. Jom kita sesama muhasabah diri.

Dulu ada terbaca pasal peserta pencarian gadis melayu TV9 berkelakuan buruk.
Lepas tu adalah teringat pulak nukilan-nukilan bloggers, dalam majalah mengenai kelakuan orang melayu yang buruk.
Remaja melayu, artis malaysia, yang berkelakuan seperti orang kafir tak belajar agama.


saya terfikir, mungkin kerana kurang penghayatan Islam mungkin dalam kehidupan....

Kenapa bila menyentuh pasal kelakuan yang tak baik, kita kaitkan dengan kurangnya penghayatan Islam?

Bagi saya ajaran tak kurang, kita semua sekolah di sekolah kerajaan (kecuali yang tak) yang mewajibkan pengambilan subjek agama
ISLAM bagi yang ISLAM. apa yang kita belajar dalam PI atau pendidikan Islam atau kelas KAFA? semua basic fundamental yang kita selalu orang Islam wajib tau.

Tapi bila makin dewasa, umur dah makin bertambah, makin mendekati kematian, kita mula mengasingkan kehidupan kita dengan agama.
Kalau waktu kecik, nampak duit atas jalan, bila nak ambik cepat saja kita atau kawan kita akan ingatkan, "berdosa, nanti tuhan marah, masuk neraka."
Bila besar, dah tua bangka nak mencuri apa ada dalam hati kita?
"Alah dari orang lain ambik.."

Aku rasa patut olah sikit,

dari perkataan kontroversi Tun M kita, MELAYU MUDAH LUPA

kepada...

MELAYU LUPA MATI
MELAYU MUDAH LUPA AZAB KUBUR
MELAYU MUDAH LUPA YANG TUJUAN SEBENAR DIA DILAHIRKAN KE DUNIA NI SEBAGAI MANUSIA, BUKAN KUCING, BUKAN TEMBAKAU, BUKAN PENSEL 2B

Beberapa Dalil Naqli Datangnya Kematian Menurut Al Qur’an :

1. Kematian bersifat memaksa dan akan menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindari risiko kematian.

Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kukuh atau berlindung di sebalik teknologi kedoktoran yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini.


Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:78)

3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari untuk menghindarinya.

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS al-Jumu’ah, 62:8)

4. Kematian datang secara tiba-tiba.


Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)

5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11)




dalil dicopy dari setitis tinta

Saturday, November 14, 2009

Saying Farewell To SEmester 3,

Last Friday was the last day of this semester. Im now in REVISION WEEK.

So before we say goodbye to semester 3, We decided to have brunch together with our dearest DR Kaslina.

Venue : Anggerik Cafe, International Student Center
Time : 11 am




Dr Kaslina is the lady in pink, centre
She is a brilliant pathologist,
sangat caring dengan studentnya and paling best,
SPORTING!

Kalau sesi tutorial, dapat dr kaslina memang bagus sebab dia akan
terangkan apa yang penting dalam nak bezakan banyak-banyak penyakit.



this is us, without me of course.
Muka happy ja sebab makan free. Dr belanja.



Could you spot the not? Ehehe

Sebagai nak membalas, kitorang bagi pulak Dr Kaslina Cupcakes.
Comel tak?





Yang last ni, MINE. wahaha sangat sedap! Percayalah!

Tuesday, November 03, 2009

Tahniah la NameWee. Bukan saja 'berani' ........

see it here (for total noobs klik that here)
oh i know this from this pakcik

Ya, this guy pretty brave actually.
He was mad at TNB who stole his night and run amok about it.
err. Amok in modern way i mean.

He went to TNB Muar, 'menasihati dan menegur' pekerja sana,
RECORDED IT ON VIDEO OF COURSE
Compose a song about it,
MAKE SURE THE SONG INCLUDE SOME 'NICE" WORDS
Posted it on YOUTUBE for us to watch

Wah so hebat.
Siapa yang berani buat macam tu?
So 'HEROIC', so TERUS TERANG!
WAh wah ~clap clap~ nameWee ~clap clap~

I ingatlah dalam MOVIE I NOT STUPID TOO
*sebuah filem singapura yang bagi aku berjaya menekankan nilai harian yang kita selalu lupa tanpa berjaya menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
that is what we call as clever,
paku bagi sama rata. tak terdalam di sana terbenjol di sini, tangan tak luka, kayu pun kukuh

seorang cikgu membelasah anak muridnya oleh sebab anak murid tu bawak cerita lucah dalam kelas.
Tau apa jadi? Sorang student berjaya record kejadian tu dan postkan dalam internet. then hidup kedua cikgu dan murid tu sama hancur
(buat sementara waktu sebab happy ending jugak)

Sapa yang salah lam kes ni?
1. cikgu yang belasah murid
2. murid bawak cd lucah
3. murid yang upload video

eeh apa kaitan? apa kaitan ngan NameWee ni?

1. NameWee ialah orang yang marah sebab servis TNB tak bagus
2. TNB ialah murid bawak cd lucah yakni orang yang buat salah
3. Yang Upload Video? NameWee ke TNB??

So ada beberapa soalan,
1. patutkah cikgu tu belasah murid nak rak sebabkan dia bawak CD lucah? Or ada jalan lain lagi baik selain belasah budak tu?
2. Kenapakah budak tu bawak cd lucah? Mak ayah dia tak tahukah? Siapa yang galakkan budak tu selamba bawak cd lucah?
3. Apa motif budak tu nak upload video pulak? Justice? Korang pi tengok sendiri cerita tu. (SEBAB NAK MALUKAN CIKGU)

Kita pusing balik kepada tajuk
1. Patutkan NameWee maki hamun pekerja kat sana dan terjerit-jerit dekat manusia lain tak kisahlah apa model henfon dia pakai, pisang jenis apa dijual di market sebelah rumah dia whatsoever? (dapat meseg aku, pandai?)
2. Kenapakan terjadinya Breakdance di TNB? Adakah disebabkan ada GIG HIPHOP di sana? ok ok serius balik. Kenapa dari dulu asyik breakdown aja? Tak ada tindakankah? (ni berdasarkan report NameWee ya, aku tak duduk Muar)
3. Apa motif NameWee upload video tu. a. nak tunjuk dia pandai buat rap b. nak ajar budak-budak perkataan yang tak boleh guna semasa bercakap dengan nenek moyang c. nak meriahkan industri muzik tanah air dengan videoklip kreatif

ha jawab jawab. jangan ada bias pulak. Nanti Malaikat sebelah tulis karangan pulak.

OK APA KEJAYAAN NAMEWEE SELEPAS VIDEO NI DISIARKAN?

a. berjaya menyedarkan TNB sekaligus terus TNB upgrade servis di MUAR (ha takut takut)
b. berjaya menang award lagu terbaik

ATAU.....



menegangkan lagi hubungan antara kaum?




memburukkan lagi prasangka terhadap melayu?



atau menggalakkan PENGHINAAN TERHADAP ISLAM?


luckily people like tlyh85 existed.. hebat betul aku tengok cobaan dia menenangkan kedua pihak. SYABAS BUAT ANDA.





BTW AKU HARAP NAMEWEE RAP PASAL MAXIS BROADBAND PULAK.
lol
sumpah aku hafal liriknya

aku pulak? aku tukang karut ja, :P



peace all!

*jangan kamu komen racist kat sini nanti aku antar khadam aku ganggu kamu. wahahahha

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena