Sunday, September 27, 2009

Back In Shah Alam, Menyampah dengan TEKSI

ASsalamualaikum semua.

Seronoknya raya kan?

Balik kedah seminggu rasa macam dah balik sebulan,
sampai ja kolej baru sejam dah rasa macam seminggu.

So di SYAWAL KE-6 ni aku ucapkan selamat hari raya nam kepada yang puasa enam.

dan jugak selamat hari raya kepada rakan yang membaca blog aku.

Maafkan aku atas segala salah silap terkasar bahasa.
Ada salah minta ditegur, jangan di caci,
ada baik minta dipanjangkan, jangan sekadar dipuji.

So apa kisah dengan menyampah teksi ni?

ringkasnya,

KENAPA WAKTU TAMBANG TAK MAHAL TEKSI TAKNAK GUNA METER,
SEKARANG DAH MAHAL BEREBUT GUNA METER?????

selalunya naik teksi dibedal kaw kaw, sekarang pakcik teksi dengan kembang hatinya,
menunjukkan berapa lajunya meter teksi jalan.

starting dah RM 3,
jalan lepas dua tiang naik seposen,
trafik jem? still jalan dengan bangganya.....

MENYAMPAH TAK?

tadi aku naik teksi dari seksyen 17 ke kolej.

Meter tulis rm 7.50. Tapi.....

Kenapa kami bertiga kena bayar RM6 sorang? Bukan tu harga 1 teksi ke?

OMG IM SO SICk (censored)

PAK MENTERI, PINJAM KETA SAMA DREBAR BULEH?

Sunday, September 13, 2009

Harga Barang Naik Siapa Mangsanya?

STUDENT!!!

*10 sen bagi setiap 45 saat pergerakan teksi now
will be UPGRADED to 13 sen bagi setiap 27 saat.

* Charge permulaan daripada RM2 akan NAIK kepada RM3*

dari blog uncle bimbo. pasal kenaikan harga teksi. sila baca!

bengang aku bila bas rapid menaikkan harga tambangnya kepada RM 1 sekali naik
pada 1 september lepas.
Harga asal rm 1 sehari. Bayar singgit naik la 10 kali still singgit.

Sekarang, bayangkan kalau korang naik bas rapid ulang balik kelas 4 kali sehari.
Dari RM 1 dah jadi RM 4!!



dalam sebulan perbelanjaan akan naik dari rm30 kepada rm 120!

itu naik harga sebab minyak naik ke apa tu? bukan cekik darah?
walau aku bukan pengguna rapidkl yang tegar, ada kalanya kenaikan tambang ni menyesakkan kepala aku.
$$

THEN,

sebab bas naik tambang, teksi mulalah sibuk-sibuk.

dari tambang dalaman UiTM RM 3, jadi RM 5.
Nak ke Kompleks PKNS dari RM 6, jadi RM 8.

Meter tak nak pakai! aku rasa kalau pakai meter murah banyak kot.
(sapa yang tau nak calculate exact value sila bagitau.)

aku rasa sesetengah pak cik teksi dalaman sangat tak bertimbang rasa.
teksi luar fed-up nak masuk uitm sebab kes kena tinggal ic.
sebab tu sesuka hati dorang nak naikkan harga,

kalau teksi luar nak masuk uitm, harga rm10-12 per teksi.
sebabnya kena tinggal ic.
mahalnya harga servis tinggal ic tu??
kena guna sedikit otot dan tulang ja. tuhan bagi FREE.

jarang sangat jumpa driver teksi yang telus. so far paling murah aku dapat,
dari Kompleks PKNS balik ke kolej RM4. pakcik tu tak pulak rugi. kereta dia guna air ke?

siapa mangsa?
sila cakap.

STUDENT kan?

tak ada pulak nak mintak naik PTPTN atau naik kadar biasiswa dengan alasan tambang naik.
Bas dengan teksi suma tu dapat subsidi,tak nak buat subsidi tambang untuk student?

YOU KNOW WHAT?

saat ni mulalah azam nak jadi suara rakyat mencanak naik.
tapi nak masuk kandang taik tanpa kena taik macam susah ja kan?
(merujuk pada 'kekotoran' politik semasa)

aku rasa in order to be a GOOD POLITICIAN, orang tu kena duduk dan merasa keadaan keliling macam rakyat biasa.
paling tidak hati dia kena ada dalam 'masyarakat'


barulah dia dapat berkhidmat pada masyarakat dengan sebenar-benarnya.

Iyalah, duduk rumah harga berjuta, kereta driver yang bawa, tol minyak semua kerajaan taja,
dinner bertaja, pelancongan bertaja, etc etc etc
macam mana nak faham kesusahan rakyat biasa?

Wednesday, September 09, 2009

Jiwa Kacau

Banyak hal aku nak mengadu, aku nak bebelkan, aku nak kecohkan.
Dan aku tak dapat lepaskan di sini.

My friends are reading this blog, samada secara anonymous atau tidak.
Aku tak mahu leteran bermusim aku ni menjadi satu benda yang membuatkan orang
marah, meluat dan sakit hati pada aku.

Aku marah pada jangka masa yang pendek.
Sependek gerhana matahari.
Aku bukan spesis gunung berapi yang simpan lava bertahun dan muntahkan.
Too many destruction.
Aku macam mancis tahu?
Terbakar sekejap sekejap. Tapi kerap.
No harm done.

Tapi bila aku marah aku perlukan pendengar.
Pendengar yang boleh menyejukkan amarah aku,
dan tak takut atau kisah nak nasihat aku bila ada yang tak kena.
Thats why im missing you all (you-know-who)
tak ada yang lebih memahami aku dari kamu semua.

Mama, pendengar setia dah naik jelak dan pekak telinga dengar benda yang sama.
Masih tak ada solution, tak ada resolution.
Tiap kali aku cerita dia akan bagi mood bolayan.

Diri ini masih mencari taufik, mencari resolusi.
Di kala aku buta boleh kamu pimpin aku?
Di kala aku pekak dan bisu boleh kamu fahamkan aku?

Wallpaper Devoted to Palestine

NI adalah sticky mode sebab tuanblog tengah 'segan'.
aku repost entry lama yang berharga tapi x dapat sambutan komen.
blogger-emoticon.blogspot.com





designed by a talented friend who we all call him as SKOD













Wallpapers displayed here actually submitted to

"AL-QUDS DAY WALLPAPER DESIGN COMPETITION"


Those are the hardwork of several medical students who dedicated their arts to Al-Aqsa and to Palestine.

You are free to save any of wallpapers that you like
and set it as your desktop background.
tips : click on image for bigger size and save.
May your small concern and deed valued by Allah Almighty.

Cara pemilihan pemenang agak kelakar,
di mana kami tayangkan semua wallpaper (ada yang tidak ditayangkan di sini)
di lecture hall, dan keputusan berdasarkan juri awam.

Terima kasih kepada yang turut serta. Semoga usaha kecil anda menjadi saham akhirat kelak.
Insya-Allah

Info- Hari Al-Quds merupakan hari peringatan perampasan MASJIDIL AL-AQSA,
kiblat pertama umat islam.




:cinonet_04:

Sunday, September 06, 2009

3 persoalan yang perlu dijawab.

I've been trying to write. A lot actually.
But when the ideas burst into my mind, im not in the right place.
And when i got back to my lappy, those ideas gone.
*which explained why the number of posts per week reduced dramatically.

I have some questions to ask.

1. Bagaimana kita nak ikhlaskan hati bila menolong orang?



Ada banyak situasi yang membuatkan aku terfikir adakah aku betul-betul
ikhlas bila aku menolong orang.
Contoh, aku sudi menemankan rakan aku sehari
suntuk shopping di pasaraya, dan apabila balik dan sampai bilik aku terfikir adakah dia sanggup habiskan sehari suntuk untuk aku? Thats not a real life situation. Ianya CONTOH.
Contoh 2, apabila kita meminjam sesuatu untuk seseorang rakan, kita terfikir adakah
kita dipergunakan di waktu mereka sesak saja?
Contoh 3, kita sedekah duit ringgit pada pengemis dan selepas tu kita terfikir kenapa mereka sangat tidak mahu membantu diri dengan mencari sendiri rezeki instead of begging from others?


Faham tak maksud aku? Negative thoughts yang kita terfikir selepas kita buat budi baik.
Patutnya bila kita menghulur tangan tanpa ragu, bermakna kita redha dan percaya. Kenapa mesti ada fikiran-fikiran buruk?


2. Bagaimana nak menghargai orang lain?

Kita merungut tentang hidup yang serba bosan, rakan yang serba sibuk. Orang yang tidak mahu memahami.
Sebenarnya, adakah kita tidak mahu/buta/terlupa untuk menilai value apa yang ada di sekeliling kita?

Si semut merasakan dirinya dipinggirkan Si kerengga. Padahal dalam masa yang sama Si Anai-anai, si katak, si kucing, sentiasa berada bersamanya. CONTOH.


3, Bagaimana nak hilangkan perasaan takut melukai orang lain dan diri sendiri?

Bukan maksud aku luka dengan pisau, atau apa.
Pernah tak merasa perasaan sangat takut untuk melakukan itu ini. Anda sangat takut mereka kecil hati, dan dalam masa yang sama anda kecil hati. It is so unnatural.

Puru tidak mahu berkawan dengan Kodok kerana takut dirinya tak cukup menarik, membosankan, buruk, hodoh etc.
Puru takut Kodok akan membenci sikapnya, takut Kodok akan merasakan Puru 1 beban, Puru takut Kodok akan menilainya degnan pandangan sinis dan negatif.

Kesimpulannya Puru sangat takut. Takut dengan hidup, takut dengan dirinya dilukai orang sekeliling.

Friendship are not suppose to like that kan? Aku sangat suka dengan novel/ cerita Inggeris. Pada pandangan aku mereka sangat tulus, straight forward, boleh melemparkan rasa hati dan sebelah pihak mungkin terluka, tapi dalam masa yang sama mereka faham dan menerima.


Peter pan really scared to grow up. I do understand his feelings.

INSECURE



3 soalan tulus dari hati aku untuk fellow readers jawab. Mungkin agak bodoh, but i do really really mean it.

Aku mintak jawab secara general, bukan fokuskan dekat aku. sebab tak bestlah asyik-asyik aku aja. blogger-emoticon.blogspot.com

Salam dari aku.


*thanks to KillVearn aka shah yang format my lappy petang tadi. Honestly aku sangat nervous nak jumpak dia, first blogger I've met live. Aku makin mencintai WinSe7en yang kacak ni.
Kesian dia terpaksa menghadap diriku yang bosan ni
(thanks to kak Ana and Ieja yang make situasi more alive)
I've told you im a siput sedut punya pemalu kan?blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, September 05, 2009

Berita sedih dari kampung

pagi tadi, pukul 5 mak aku sms.

gitau datuk saudara, yang aku panggil wan mi, meninggal..

dalam jam 1 pagi, meninggal mengejut. meninggal dalam tidur.

Arwah memang ada sakit jantung. dari dulu dah pernah masuk hospital banyak kali.
siap sekali dah kena operate, masuk wayar lagi.

tahu-tahu ajalnya mudah sangat.



Arwah ni adik kesayangan tok (nenek) aku.
Rumah depan rumah tok aku saja. memang sangat rapat dengan kami semua.
tiap kali nampak aku dia akan tegur dengan gembira
orangnya kuat lagi. masih ke bendang, masih turun padang pepetang untuk hambat lembu.
bawak cucu jalan-jalan, ke dusun.


Hari raya kali ni mesti takkan sama
lebih-lebih lagi untuk keluarga dia.
tiap pagi raya rumah first kami tuju selepas rumah tok wan sendiri, rumah dialah.

rumah dia macam second rumah aku masa kecik-kecik dulu.
tempat main, tidur, makan,
dah ajal dia kan?
*sebak sangat...

aku selalu terlepas kematian orang terdekat. sebab rutin hidup aku yang merantau.

sebab tu azam aku nanti bila aku dah cukup dewasa aku nak balik kampung pulak.
bekerja di sana, berbakti dan tebus masa yang aku habiskan di perantauan untuk family aku pulak.

Innalillah. tolong sedekahkan Al-fatihah untuk arwah.
moga dia aman di sana... amin

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena