Assalamualaikum anta dan ante suma...
bertemu lagi dalam halaman saya membebel ini. harap hari anda berlalu dengan baik dan masyuk. dan diharapkan iman anda tidak berkurang hari ini.
terkini
kerajaan nak menjadikan bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.maksud lulus tu sangatlah besar.
sebab kalau anda TAK lulus,
1.anda perlu MENGULANG kembali peperiksaan kertas yang gagal tu, sekaligus menyebabkan anda setahun dua tertinggal di belakang kawan kawan anda.
2. selain itu, anda juga mungkin dibual bicarakan oleh mamarazzi tempatan, saudara mara, jiran tetangga sebagai minah/mamat bebal yang tak buleh nak score paper english pun.
-maaf terkasar bahasa dan jangan terasa bagi anda yang 'tergagal' dulu.Tak lama lagi akan adalah pulak piket-piket yang membantah cadangan kerajaan ni. dan akan keluarlah alasan berbunyi begini antaranya.
" BAGAIMANA DENGAN NASIB PELAJAR LUAR BANDAR YANG DIRAMALKAN AKAN BERDUYUN-DUYUN GAGAL SPM DAN AKAN BERDUYUN-DUYUN CEPAT BERUMAH TANGGA?"-aku menambah aja yang dibelakang ituAKU TAK PUAS HATI> KENAPA PELAJAR LUAR BANDAR DIKATAKAN BERMASALAH KALAU BI DIJADIKAN SUBJEK WAJIB LULUS??
mungkinlah jugak statistik spm menunjukkan yang gagal BI tu rata-rata pelajar luar bandar. yang banyak lulus tu pelajar atas bandar, tepi bandar dalam bandar, bawah bandar.
selaku seorang pelajar luar bandar, aku tak merasakan belajar dan lulus BI tu sebagai satu cabaran maha hebat lagi mustahil .
ataupun dengan terbasminya cadangan tu, akan melenyapkan penyakit 'melayu mudah lupa diri' atau 'melayu cepat nak jadi orang putih orang korea orang jepun orang new zealand dairy milk products'?
dalam fikiran aku cepat menyenaraikan
KEPENTINGAN BELAJAR BAHASA INGGERIS1. nak guna di universiti, kolej dan sewaktu dengannya.di matrikulasi, belajar dalam BI semuanya, kalau tak matrikulasi, universiti yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar pun kena guna buku rujukan BI jugak. sapa yang rajin sangat nak translate FOX, CAMPBELL dalam bahasa melayu? kalau dari awal dah kecut perut belajar BI, nanti nak baca buku internasional macam mana? takkan nak upah translator atau guna google translator?
macammana kalau lecturer tu import dari uni of harvard (chewaah) ka nottingham atau mynmar pun guna english gak. dia membebel lam lecture anda membebel guna henset pulak ngan makwe anda sebab tak paham.
2. supaya paham bila main game pc, ps, psp, gameboy dsbbelum wujud lagi (mungkin) pengeluar game berbahasa melayu. kalau tak faham BI macam mana nak maen silent hill, dota, HOTD, counterstrike, clock tower, resident evil dsb? kalau sangkut macam mana nak baca walkthrough atau cheat dia? kan tak best kalau tak game? main mario memangla tak payah tau BI.
-alasan yang poyo, hehe3. bila beli vcd cetak rompak best skit layankenapa? vcd cetak rompak skang ni subtitlenya sangatlah teruk. konon malay tapi sebenarnya indomalayenglish-yang-broken-nak-mampos.
yang bye jadi eye.
contoh ya tuan puan, "good morning, awak makan that, ewww ia berdebu (disgusting? bunyi ada cam dust2 skit kan). good eye (salah dengar bye jadi eye)"
kenapa tu? sebab yang translate tu pun tak blaja BI. kalau kita tau english, bulehla tengok cita dengan subtitle english, ataupun yang cekap dan cekang buleh tengok cita omputeh selamba tanpa ada subtitle.
4. layan komik/manga/anime free, jimat belanja hanya perlukan internet saja1 cd burn one piece aku beli rm 4 per cd, ada 10 episode. sekarang ada dekat 300 episode one piece. kira kira berapa rm aku nak kena abehkan untuk dapatkan full episode? lam rm 120 kot. tapi kalau aku guna wireless free yang melambak di malaysia tercinta ni, aku donlod semuanya dr dbz-media.nl secara free. muahahaha untung tak? tu tak masuk full episode of manga paradise kiss, midori no hibi yang harganya per book rm 30 ++ di kinokuniya klcc atau rm 8 +- gempakstarz.
5. bahasa yang bolehkan anda membeli belah dengan efisien sekalikalau ke tempat orang nak beli souvenir tak adalah masalah sangat. walaupun buleh guna bahasa isyarat ala nak bersilat dan tekan kalkulator tapi ada banyakkk kelebihan bila anda buleh bercakap dari berbahasa isyarat.
6. memudahkan perbualan dengan orang melayu yang tak sedialek dengan andasewaktu di indonesia
aku : kalo di indo sini apa bezanya sma dengan universitipak supir : apa?aku : the differences between sma dengan universitasnya apa pak?pak supir : ooo.. itu bla bla bla blakerana aku dan pak supir sama-sama ngerti bahasa inggeris maka kami dapek neruskan perbualan. (sila baca ngan nada indo)
dan banyak lagi. belajar bahasa ni memerlukan MINAT. kalau tak minat susahlah.
bahasa melayu pun sebenarnya susah. berkali-kali aku kompelin dengan kawan dulu di sekolah sebab makin belajar makin tak faham jadinya.
bahasa inggeris aku lihat ia sebagai satu bahasa yang unik. sebabnya dari kecik cerita tom and jerry, mr bean (walau tak macam bercakap pun), teletubbies, power rangers, kan bercakap dalam bahasa Inggeris.
dan satu cita-cita yang aku tinggalkan ialah menjadi cikgu bahasa Inggeris. aku juga mengucap byebye kepada TESSEL yang aku aim sekian lama selain dunia kedoktoran ni.
siapa english speaker di rumah ku? none of us.
tapi mak aku ialah seorang penggemar sidney sheldon, novelist terkenal, seorang akauntan yang sering dicari adiknya sebab nak suruh translate surat yang rata-rata bahasanya Inggeris.
abah aku seorang yang tak berpendidikan tinggi tapi suatu ketika dulu aku lihat dia giat belajar english untuk meng-upkan dirinya 1 tahap lagi. dia juga buleh berbahasa siam dan kami ke danok dapat shopping dengan mudah. sekarang aku tak rasa english satu hal bagi dia.
abang aku seorang penanam anggur yg fresh-ahakz walau tak bercakap english aku tau dia wat assignment suma dalam BI. owh study di unimap, perlis yang dok di utara malaysia. amat dekat dengan konteks luar bandar.
bahasa lidah masih bahasa melayu. tapi aku pasti antara kami berenam kalau dicampak ke negeri omputeh kami mesti buleh cakap BI walau gagap terbalik kuang pun.
owh kat mana kami tinggal?
di kampung padang nyiur, dengan ada 1 sekolah rendah sahaja untuk seluruh mukim di mana tiap kali UPSR adala lam 3,4,5 orang dapat 5A.
tapi rasanya rata-rata anak kampung gagal add math, fizik, bio, akaun, kalau nak dibandingkan dengan english. manual henset yang anda tekan hari hari tu pun english.
dengan rate sekarang aku percaya walau tak boleh bercakap bahasa Inggeris lancar, tapi rata-rata belia kampung aku boleh membaca dan memahami BI.
so kerajaan patut ubah kerisauan tu kepada "khuatir orang-orang yang malas belajar gagal SPM"
tak kisahlah bandar ka luar bandar. orang malas banyak alasannya.
mengaji al-quran dan jawi, dari pengalaman aku pelajar luar bandar lagi tinggi merit dari pelajar bandar. kenapa? penekanan dan pendedahan lebih.
so lebihkan pendedahan, tunjuk ajar dan pupuk minat pemuda pemudi luar bandar ni, so aku rasa pelajar luar bandar pun buleh score English jugak.
salam sayang dari aku yang lulus BM dan BI SPM.
nak tips belajar dari aku? sila mintak.