Saturday, April 04, 2009

perihal otak anda

aku curi masa sekejap nak hilangkan rindu kat blog aku yang cute ni.

apa isinya kali ni ek?

otak

okek kawan-kawan,
dalam tengkorak kita ada apa? (sila jawab dengan hepi)
pandaiiiiiiii

bertukar kepada mode serius

dibawah tulang tengkorak kita ada 3 lapisan pelindung yang kita panggil sebagai meninges.



lapisan first paling luar namanya dura mater. maksudnya 'tough mother'

lapisan kedua namanya arachnoid mater. maksud arachnoid tu lelabah. dekat lapisan ni ada banyak jaringan pembuluh darah, salur darah. maybe sebab merayap-rayap cenggitu so namanya ada sangkut lelabah skit.

lapisan terdalam yang menyaluti otak kita namanya pia mater. piya dalam bahasa urdu maksudnya kekasih. tapi maksud pia mater tu soft mother.
so kalau mak anda garang, panggil dia dura mater, kalau lemah lembut pia mater ye. hehe

okek, di antara dura mater dengan arachnoid mater ada subdural space. kosong ja, tadak papa. panggilnya sinus.(rongga)
di antara arachnoid mater dengan pia mater ada subarachnoid space. sunarachnoid space ni ada cerebrospinal fluid. (CSF), tempat slaur darah, saraf lalu lalang

CSF ni kalau baby anda domam2, doktor selalu cucuk antara tengah kepala dan dahi untuk amik CSF ni untuk di uji kalau2 ada bakteria dan kuman. kalau orang dewasa selalunya amik lumbar puncture.

CSF ni sangat penting untuk menjamin keselamatan akal fikiran dn nyawa anda. kalaulah kurang sikittttt ja CSF ni, anda akan pening dan sakit kepala yang teramat.

okek sekarang kepala kita actually macam ni.

rambut(bagi yang ada) - kulit kepala - tengkorak- meninges- brain

jadi actually otak kita macam terapung dalam air ja. disebabkan ada meninges ni lah.
macamlah bumi yang kita pijak ni sebenarnya ialah kerak/tanah yang terapung atas leburan logam yang panasss gila (magma)

pernah tak terdengar kes orang mati accident tapi tak ada luka apa pun?
then doktor diagnose, kata pendarahan otak, darah beku

macam mana tu?

begini.

otak kita yang lembut tu, dicover oleh mater-mater ni saja. diluarnya tengkorak yang keras.
so apabila kita terhantuk dengan kuatnya, tengkorak akan menyerap hentakan tu. tapi otak?
sebab otak tu lembut.... so
otak akan melantun-lantun dalam tengkorak kita. (concussion) aka brain trauma aka brain injury
ni prinsip fizik nih. lupa nama dia




kalaulah hentakan tu sangat kuat, lapisan mater ni buleh koyak, dan
saluran pembuluh darah yang berselirat sana sini tu akan turut terkoyak. dan.... berdarahlah.... bila hilang darah, akan ada organ badan yang tak dapat supply oksigen yang cukup. kadang-kadang jadilah lumpuh, koma, dsb...
kalau kata darah yang terkumpul sangat banyak, dia akan tekan dengan brutalnya tisu otak kita
so rosaklah tisu otak.
kalau yang kena tu bahagian yang kawal penglihatan, mungkin anda buta.
kalau bahagian pemdengaran? pekak
kalau pernafasan? mati.
kalau darah tu beku, sel otak pun buleh turut jadi rosak sama.
so doktor akan kata " anak puan ada darah beku di otaknya. so kite kena wat surgery cepat-cepat" ala-ala dalam filem.

tapi Allah dah ciptakan sel-sel kita ni untuk jadi berdikari. kalaulah lepas brain trauma dan dia masih hidup
diizinkan Allah sel-sel otak akan saling menolong untuk mengembalikan fungsi asal otak. kalau bertuah dia akan 100% sembuh balik. ada yang tak sembuh juga.
tapi kalaulah sembuh selalunya akan ada juga cacat celanya. maybe mata juling ka?

bukan orang eksiden saja yang boleh kena, orang yang aktif bersukan macam ragbi, orang kena ketuk kat kepala ka, baby yang jatuh sebab bapak dia lambung-lambung ka...


kesimpulannya,

PAKAILAH TOPI KELEDAR SEMASA MENUNGGANG MOTOSIKAL

sebab ketebalan dan lapisan dalam topi keledar aka helmet tu dah direka khas dah untuk serap hentakan bila anda terjatuh

PASTIKAN IA DIPERAKUI SIRIM



bukan cap ciplak cabuk ekk



SAYANGI NYAWA ANDA DAN KELUARGA ANDA

pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh minah tak sedor diri dia nak periksa lusa tapi masih sibuk dengan dunia blognya

salam sayang


:cinonet_25:

*lepas abis peksa akan ku lawat belog anda semua. so maaf kalau aku tak menjenguk pada waktu terdekat ni.
:cinonet_42:

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena