Tuesday, May 26, 2009

satu penyesalan

petang tadi sewaktu aku tengah sedap landing atas katil sambil tengok katun OURAN HIGH SCHOOL HOST CLUB, abah panggil aku.

"Kakak!"

"Awat abah?"

"Free dak?" dalam hati aku, aii apa la aku nak kena buat ni. masak? siang ikan? mop lantai?:cinonet_02:

"Awat nak soh buat apa?"

"Tolong pi cuci sawang umah tok sat. Abah tengok banyak sangat sawang."

Buat seketika aku rasa macam nak menitis air mata.

"Okey, bila?"

"Lepas abah mandi. Tak semayang agi ni." Aku terus layan Ouran buat seketika, bangun dan bersiap seadanya ke umah tok aku.

Aku capai donat yang belum digoreng yang aku buat lepas masak tadi, letak lam tupperware.

Lompat nek atas trak, abang aku drive ke umah tok yang jauh x sampai 5 minit pun.



Sepanjang jalan , dalam minda aku ada macam-macam wayang. Hati aku sebak sangat.

"Lalai sangatkah aku dengan tanggungjawab sebagai anak dan cucu sampai benda sekecil ini pun perlu abah aku mintak tolong?"

Bukankah sepatutnya aku dari awal-awal balik cuti lagi dah set up sedikit masa untuk tok ngan wan aku? Aku sepatutnya notice yang rumah tok tu perlu dibersihkan. bahkan 8 tahun lepas aku adalah penghuni rumah tu jugak.

*tok merujuk kepada perempuan, wan kepada laki. terbalik panggilannya kat kedah ni

S
ewaktu aku mengemas ruang yang memang berdebu dan penuh debu arang, tok aku tak putus-putus berterima kasih, menyatakan yang dia tak larat. sekejap sekejap, dia suruh aku berhenti.

"Sudahlah tu cek oii. Letihnya kemas umah tok kotoq sangat. Sudah-sudah." Aku buat tak tahu dan kontinue cuci tingkap yang hitam.

*area kawasan aku dok ni ada ladang tebu (dulu, skang dah jadi ladang getah) dan kilang gula. Every year dalam masa beberapa bulan, tebu akan ditebang dan menda yang tak digunakan macam dedaun, akan dibakar, bayangkan ladang yang besarrrrr dibakar. habuk arang berterbangan ikut arah angin dan landing di rumah penduduk kampung, masjid, jalan, sekolah. KAmi panggil ia salji hitam. memang tiap tahun wajib ada, dan rumah tak payah cakaplah, kotor ya amat. kalau pijak lantai alamat hitam legamlah kaki. Tapi bukan seluruh daerah Padang Terap merasa salji hitam ni, sesetengah kawasan terutamanya kampung aku. Benda ni pernah masuk dalam berita TV3 pun, tapi biasalah, apa sangat tindakan yang di ambil.

b
erbalik pada cerita asal.

aku dulu dibesarkan oleh tok dengan wan aku. mak dengan abah sebenarnya duduk dekat sangat, tapi dah tertulis agaknya memang aku memilih untuk duduk dengan tok. Seorang cucu perempuan yang duduk dengan tok ngan wan, aku memanglah ditatang bagai minyak yang penuh. Tambahan pulak depa tak ada anak perempuan selain anak sedara yang dibela macam anak sendiri, Kak Na aku.

So kawalan yang diberi kepada aku agak hebat. seumur 11 tahun aku dah dilarang agak tidak melepak makan ais kacang di tepi jalan. Alasannya? Tak manis dipandang orang. Apa-apa pun yang aku nak dipenuhi, dan selalunya wan sendiri akan bawak aku. Kalau dia ke pekan Kuala Nerang, aku akan pesan dia Kit Kat atau roti panjang butter dari 1 kedai bakery. Kalau abah datang, aku pesankan dia buku (apa-apa saja berbentuk buku tak kiralah komik atau ilmiah) dan yogurt.

Nostalgia zaman kanak-kanak memang akan menggamit kita bila kita mula menjengah usia dewasa kan?

Lepas UPSR terus aku gi dok asrama. Sampai sekarang jengah rumah bila cuti sahaja. Dan aku balik rumah aku sendiri, bukan rumah tok dengan wan lagi dah.
Mungkin ni bunyik macam alasan, tapi ini hakikat. Duduk di asrama menjadikan aku agak 'bodoh-bersosial' dan aku jahil dalam bab pengurusan rumah tangga. Aku tak tahu nak bergaul dengan orang kampung dan mengemas rumah macam orang lain.

Kawan sebaya aku sekarang yang tak sejauh aku melangkah ke menara gading, dah jadi ibu dan tunangan orang, mereka sangat ligat dan lincah di dapur. Mereka pandai mengemas, ambil hati orang tua, dan perbezaan ketara dengan aku yang serba tak tahu.
Seringkali aku terlalai dan terlupa di umur aku patut aku senang hati menolong mak dengan nama anak dara yang baik hati, taat dan bakal isteri yang solehah. (eh eh tersasul pulak)

Itulah bak kata orang, aku lebih sini kau lebih sana. Tuhan Adil dalam caraNya.

Dalam bab menjaga perhubungan, aku sangat naif. Berkali-kali aku diperli orang sebab dah tak balik rumah tok (rumah x sampai 5 minit pun)
hakikatnya, mungkin bunyi macam alasan, aku tak tahu bawak moto apatah lagi nak merempit ke rumah tok. Mak abah keja, abang blaja, adik pun blaja.
Aku balik, sekali sekala (walau dekat) bila dibawak mak ngan abah aku.

Sekarang, pagi atau petang dan sekali sekala tengahari tok dengan wan akan mai umah aku dengan moto. Semata-mata nak bercakap dengan cucu yang 'tak reti nak bawak moto pi umah depa'.

so sad. aku belum bekerja, belum ada rumah sendiri dah nampak ciri-ciri nak lupa orang yang membesarkan aku walaupun di sudut hati TAK PERNAH terniat pun nak melupakan.

Manusia cepat lupa. Sangat cepat.

Tak kiralah dia lupakan kawan yang membesar bersama, guru yang menabur jasa atau ibu bapa yang memelihara.

Bila makin kita meningkat umur dan ada komitmen yang konon lebih besar, kita meletakkan soal silaturrahim tu di belakang.
Kita obses dengan yang baru dan kita kata pada diri, 'look to the future, life must go on'

Bila berkeluarga lupa pada mak long dan jiran sebelah yang dulu tempat kita melepak dan makan free. (contoh!)
Tak sedar rupanya kita dalam masa yang sama tengah membuang masa lalu kita, mengecilkan hati orang sekeliling.
Bila balik kampung tak ziarah sedara mara, di kenduri kendara terlupa nak tegur sapa sebab sibuk dengan iu ini, benda sekecil tu rupanya melukakan hati banyak orang.

Susahnya menjaga silaturrahim.

Bila belajar jauh lupa nak menekan button nombor di telefon menelefon orang yang dari jauh tak putus mengirim doa dan rindu.
Buleh pulak chit chat dengan 'kawan yang no dapat dari kawan' atau sewaktu dengannya.

Demi mencari masa depan yang tak pasti, kita buang masa lalu yang pernah jadi sesuatu daripada kita pada masa kini.


Berniat atau tidak, masih ada ruang untuk kita perbaiki kesilapan yang kalau kita tak perbaiki,
bakal kita kesali suatu hari nanti.
:cinonet_16:

Terutamanya bila dah sampai waktu orang tu pulang pada Ilahi.

Berbaktilah selagi mereka masih ada, masih bernyawa, masih boleh merasa dan masih tahu erti bahagia.

aku tau menda ni jadi kat banyak orang sekarang.

if any of my readers are in the same shoes, lets head back and correct whats wrong while the time still ticking.
either it is our time or thiers.

salam ikhlas dari aku

:cinonet_04:

Saturday, May 23, 2009

Operasi mencari rebung




Assalamualaikum!

Nak tayang pic dari ops cari rebung bersempena hari keputeraan raja perlis isnin aritu. (apa kaitan?)

buluh atau kata omputehnya bamboo buleh memanjang sebanyak 90 cm sehari. kalau jenguk sejarah lama kungfu cina (iya ka?) depa lompat atas pokok buluh ni a..
makin hari kena lompat makin tinngi kalau tak haha pikiaq sendri Align Center enuf enuf ngarut pulak.

Tempat: Kampung padang Sanai, Kuala Nerang Kedah.
Peserta : Sedara mara yang konon suka adventure.



muka 3 jejaka pencari rebung ( 1 available, 2 lagi 3 tempat kosong)
kaum wanita terpaksa stand by di tebing sungai dengan alasan menjaga kemaslahatan kanak-kanak ribena


rebung yang x diproses lagi


'siang' rebung tepi sungai dengan harapan orang yang mandi di sinun gatal miang abes badan. haha


ropa rebung yang dah dibelasah

kalau ke sungai tak berendam alamat tak completelah acara. cuma sorang saja yang pasrah tak berendam sebab dedikasi kepada blognya.
*bawak N82 masuk sungai semata-mata nak snap pics

see? upacara badak berendam sedang dijalankan.


best kan?


terjumpak puteri bunian


ini rupanya pokok tepus. skali tengok macam pokok lengkuas/halia gergasi



dan ini pulak bunganya yang misteri sebab dok atas tanah


model sedang cuba buat pose seksi dengan pucuk tepus. wakaka


golongan pro sedang mendemonstrasi cara mengerjakan pucuk tepus agar selamat dimakan

dalam bahasa omputehnya rebung ni namanya bamboo shoot. makanan yang agak glamer jugaklah di kampung aku sebab ia free.
kalau kenduri kendara nak sep duit, pakat masuk hutan dan sungai nak cari rebung, pucuk paku, batang pisang, umbut kelapa
setakat ni belum ada berjaya tundukkan lembu liar untuk kenduri.
faveret family aku (sebab tiap minggu mesti abah ngan mak masak 1 masakan at least)
selalu masak sayur manis, masak lemak, gulai campor ngan ayam, pajeri (gulai manis), ulam dll

so anybody nak merasa cari rebung?
jom turun kedah and jangan lupa kontek aku key!!!

:cinonet_04:

Sunday, May 17, 2009

kekampungan dan kebandaran

Assalamualaikum....

di petang yang mendung ni aku nak menyentuh atau lebih tepat gi nak mintak opinion my reader about something.

"kekampungan dan kebandaran"

seorang hamba Allah kenalanku menggelarkan aku dan kawan sebagai kampung.
sesuatu yang dilabel tu ada sebab musababnya kalau tidak ia bukanlah label tapi hanya kutukan semata.

soalan aku?

apakah kriteria perempuan kampung dan perempuan bandar? ( boleh jugak nak aplikasi dekat lelaki)

adakah perempuan kampung itu...

1. menetap di kampung
2. bahasanya menggunakan bahasa melayu dialek setempat yang tercatat dalam kamus Zaaba ataupun tidak tercatat

ataupun

1. tidak mahu menukar slang kepada slang bandar universal aka cakap key-ell bila berkomunikasi dengan rakan yang berdialek sama bila berhijrah ke bandar
2. memakai tudung, baju-baju yang longgar atau seluar track-suit bila ke pekan(bandar)

(sila baca dengan nada sindiran ala-ala karam singh walia agar anda dapat mesejnya)

adakah pula perempuan bandar itu

1. menetap di bandar
2. bercakap dengan slang bandar universal aka cakap key-ell
contoh- poyo, gerek, kot, dsb....

ataupun

1. tidak menukar dialek bm setempat kepada slang bandar universal apabila berada di kampung ataupun bercakap dengan rakan sekampung di bandar
2. berpakaian uptodate ala-ala shoot majalah dara yang rata-rata tudung tak menutup dada dan blaus panjang melekat di badan
3. mungkin jugak dengan rambut yang berkarat bak kata aznil bila di soal adik kecik dalam program Tom Tom Bak

"kenapa rambut uncle ada aku tak ingat pulak menda apa"

uncle aznil yang kool tergelak besar sambil jawab

"ni rambut uncle mandi air berkarat"

kids are so true and honest kan? wakakaka

okek serius balik.

hanya kerana dressing dan gaya bahasa kita dah classify seseorang tu kampung dan bandar?

kalau dia gadis kampung yang ada degree so kena tambah

'perempuan kampung intelek'???

bermulanya peradaban start dari kampung (komuniti kecil) seterusnya berkembang kepada bandar(komuniti besar)
sebab kampung yang datang dulu dari bandar so melayakkan dia di gelar low standard, tak modern?
err kena malukah kalau di gelar kampung?

(actually post ini sindiran kepada rakan taulan yang berbangga mereka sangat 'uptodate' bila melangkah kaki ke bandar besar dan merobah ciri asal setelah lama bermaustautin di hulu dan hilir malaysia)

Allah tak menilai value kampung atau bandar anda.
adakah anda si kampung yang beriman dan beramal
atau si bandar yang beriman dan beramal
aku rasa tu lebih di pandang Allah

tak apa kawan-kawan kampungku.
kejarlah keredhaan Allah kerana dengan redhanya Allah pada kita nescaya manusia juga begitu.

juga si kampung yang bermetamorphosis kepada si bandar
anda jaga manusia, anda hanya terima dari manusia
anda jaga Allah, insya-Allah anda terima dari Allah dan sekalian alamNya

kalau si kampung nak bermetamorphosis ke manusia modern dan civilised, aku cadangkan

1. kalau dia selekeh (eg-baju tak bergosok, kaler bleach) dia kena jadi smart
2. kalau dialek yang digunakan kasar dan tak sopan, sopankanlah bahasa anda
3. kalau dia sebelum ni amat tak berbudi bahasa (orang kampung selalunya ikut hati sikit) maka berbudi bahasalah anda
4. be educated. belajar tinggi-tinggi sampai menara gading, tanduk, klcc, eiffel dsb..
5. pelihara agama sewajarnya

then u r civilised person.

*aku? anak kambing yang mencari jalan pulang. hihihi

salam sayang dari aku
:cinonet_04:

oh pada siapa yang follow and link aku, aku akan link and follow kembali sikit masa lagi. maaf di kampung 3G sesat jalan.

Monday, May 11, 2009

Musibah atau Peringatan Allah

saat post ni ditulis dunia kalut dengan pelbagai serangan wabak yang membawa maut.

tak cukup selesema babi aka swine flu di luar negara,
gempa bumi di China korbankan 90 000 nyawa,
ada pulak chikungunya di kedah
dan ada bacteria meningitis pulak di Akedemi pengangkutan Jalan Malaysia.

kalau direnung dan menjenguk balik betapa lalai dan lekanya rakyat Malaysia sekarang ni
Ya , mungkin semua musibah tu peringatan Allah yang sayangkan hambaNya.

renung balik apa yang jadi headline paper baru-baru ni

"ibu hamil 4 bulan menginggal dunia di langgar diragut"
"nenek mati selepas ditampar perompak"
"larian bogel anjuran program ala explore race di johor"
"artis terpeluk?"

atau yang tak ada di paper

gadis ternoda atau sengaja diternodakan
mak bapak yang open minded lagi penyayang so bagi anak-anak kebebasan 100% tanpa mengira anak tu bekal akhirat.
anak-anak muda yang terasa hebat saban hari membangga diri berjaya merempit saban malam
bapak mak budak yang syok curang belakang pasangan
kakak atau abang yang bangga ada adik yang seksi daring dsb
sebahagian rakyat yang mengecam ulama dan ustaz
sebahagian manusia kurang ajar yang buat blog, video hina Islam, al-quran, hijab dan azan

Nabi Muhammad berdoa kepada Allah agar jangan diturunkan musibah secara direct kepada umat baginda
menangis Rasulullah mengenangkan umat akhir zaman ni, umat yang pincang dan hancur
kalaulah nabi Muhammad tak berdoa macam tu, agak-agak apa jadi eh?
mengenangkan kejadian kiamat dan seksa kubur menyebabkan kita tak boleh tidur malam,
apatah lagi hidup di neraka

"dunia ni tempat menyemai, akhirat tempat menuai"

kalau di dunia ni kita malas nak meracun, membaca, tuailah kita tanaman yang rosak, kecut bantut, atau mungkin tak ada apa
kalau di dunia ni kita hitam legam menahan panas mentari sebab nak menjaga tanaman, tuailah kita hasil di akhirat yang gemuk gedempol, manis lazat dsb.

musibah ni dia tak kira siapa
hang buat ka tak buat ka,

sebagai seorang umat, jiran tetanggga,
tanggungjawab amar maaruf nahi mungkar tu tetap ada
"jaga tepi kain orang" tu peribahasa orang dedulu, ditujukan kepada golongan kuat mengumpat,
bukan golongan yang prihatin tentang anak bangsa dan negara

bayangkan anak dara sebelah rumah terbunting dek dikerjakan bf sendiri di rumah sendiri
orang sebelah giat mengata,
tahukah kerana dia yang tak prihatin jugalah anak teruna tu dapat masuk membuntingkan anak dara orang dengan jayanya

tapi bukan senang nak menegakkan syiar Islam.
kalau senang dah lama ia tertegak ngan hensem dan segaknya

Apapun semuanya datang dari Allah
Dialah yang Maha Mengetahui
Wallahu a'lam..

Wednesday, May 06, 2009

Birthday dan siput gondang

Assalamualaikum...

Semalam 5th may is my birthday!
Alhamdullilah, hari post ni ditulis umur aku dah 19 tahun berapa jam ntah.
Asalnya aku just nak buat kek and pudding then jemput sedara terdekat makan,
x sangka with the aid of mum, dah jadi kenduri kesyukuran pulak.

semoga di umur ni pahala amalan aku bertambah, hati makin dekat dengan ngan Allah. doakanlah aku.

bawah ni ada sikit pic from the tiny ceremony.





makanan, nasi royal
(nasi minyak + ayam ros + daging itam+acar timun)




antara barisan tetamu



kek coklat moist



bluberry cheese secret recipe (tak sedap)



kezen ngan kek puding karamel handmade

kalau terperasan tak ada pun kawan aku kan?
haha
aku dok jauh dari pekan, so malaslah nak ajak kawan
umah aku ni tak pernah dikunjungi kengkawan
mungkinlah jugak aku tak banyak kawan
tapi yang penting sebab jauh

thanks to tetamu yang hadir
sepupu sepapat yang menolong
( aku tau aku tak bleh harap haha)

and thanks to mum and dad yang sponsor

to kawan2 yang wish dan ingat aku
thanks sangat.
hihi


sebelum tu, di petang hari , Tok Cik Ani ( adik tok) bertandang
bila tengok ada siput gondang dan temagik dalam baldi, terus dia nak tolong pesiang

*pesiang tu maksudnya tolong basuh,tolong potong

sebelum ni kawan adik aku mai ramai-ramai terjun parit blakang umah,
kutip inilah, siput keco (siput sedut), gondang and temagik.
siput ni boleh dapat di bendang, tali air, sungai

siput gondang to besaaaarrrr dari siput sedut.
dan dalam ilmu biologi, kelas dia lagi advance dari siput sdutlah. sebab dia berjantina dan bergigi.

temagik aku x snap pulak. rupa dia ala2 mentarang, cuma leper dan nipis lagi.




memula bukak pintu dia
lepas tu banjirkan umah dia
pastu shake shake



then bulehla tarik isi dia macam ni



demonstrasi menyiang gondang
dan sesi penurunan ilmu berlangsung



okek tu rupa siput gondangnya

tok cik ani then tolong masakkan masak lemak cili api
atau pun sni panggil masak lemak cabai
rasanya mak aiiii sedap betol (gambaq x sempat ditangkap)

aku pun first time makan,
sebab tak ada orang kat umah yang tau apa speselnya siput gondang ni
siput keco tu dah selalu makan dah.
rupanya orang kampung aku cukup fav siput ni

:cinonet_24:
aku pun suka jugak.
hihi

okek salam laporan dari aku.


and for LULU,
HAPPY BIRTHDAY DEAR!!


:cinonet_04:

Saturday, April 04, 2009

perihal otak anda

aku curi masa sekejap nak hilangkan rindu kat blog aku yang cute ni.

apa isinya kali ni ek?

otak

okek kawan-kawan,
dalam tengkorak kita ada apa? (sila jawab dengan hepi)
pandaiiiiiiii

bertukar kepada mode serius

dibawah tulang tengkorak kita ada 3 lapisan pelindung yang kita panggil sebagai meninges.



lapisan first paling luar namanya dura mater. maksudnya 'tough mother'

lapisan kedua namanya arachnoid mater. maksud arachnoid tu lelabah. dekat lapisan ni ada banyak jaringan pembuluh darah, salur darah. maybe sebab merayap-rayap cenggitu so namanya ada sangkut lelabah skit.

lapisan terdalam yang menyaluti otak kita namanya pia mater. piya dalam bahasa urdu maksudnya kekasih. tapi maksud pia mater tu soft mother.
so kalau mak anda garang, panggil dia dura mater, kalau lemah lembut pia mater ye. hehe

okek, di antara dura mater dengan arachnoid mater ada subdural space. kosong ja, tadak papa. panggilnya sinus.(rongga)
di antara arachnoid mater dengan pia mater ada subarachnoid space. sunarachnoid space ni ada cerebrospinal fluid. (CSF), tempat slaur darah, saraf lalu lalang

CSF ni kalau baby anda domam2, doktor selalu cucuk antara tengah kepala dan dahi untuk amik CSF ni untuk di uji kalau2 ada bakteria dan kuman. kalau orang dewasa selalunya amik lumbar puncture.

CSF ni sangat penting untuk menjamin keselamatan akal fikiran dn nyawa anda. kalaulah kurang sikittttt ja CSF ni, anda akan pening dan sakit kepala yang teramat.

okek sekarang kepala kita actually macam ni.

rambut(bagi yang ada) - kulit kepala - tengkorak- meninges- brain

jadi actually otak kita macam terapung dalam air ja. disebabkan ada meninges ni lah.
macamlah bumi yang kita pijak ni sebenarnya ialah kerak/tanah yang terapung atas leburan logam yang panasss gila (magma)

pernah tak terdengar kes orang mati accident tapi tak ada luka apa pun?
then doktor diagnose, kata pendarahan otak, darah beku

macam mana tu?

begini.

otak kita yang lembut tu, dicover oleh mater-mater ni saja. diluarnya tengkorak yang keras.
so apabila kita terhantuk dengan kuatnya, tengkorak akan menyerap hentakan tu. tapi otak?
sebab otak tu lembut.... so
otak akan melantun-lantun dalam tengkorak kita. (concussion) aka brain trauma aka brain injury
ni prinsip fizik nih. lupa nama dia




kalaulah hentakan tu sangat kuat, lapisan mater ni buleh koyak, dan
saluran pembuluh darah yang berselirat sana sini tu akan turut terkoyak. dan.... berdarahlah.... bila hilang darah, akan ada organ badan yang tak dapat supply oksigen yang cukup. kadang-kadang jadilah lumpuh, koma, dsb...
kalau kata darah yang terkumpul sangat banyak, dia akan tekan dengan brutalnya tisu otak kita
so rosaklah tisu otak.
kalau yang kena tu bahagian yang kawal penglihatan, mungkin anda buta.
kalau bahagian pemdengaran? pekak
kalau pernafasan? mati.
kalau darah tu beku, sel otak pun buleh turut jadi rosak sama.
so doktor akan kata " anak puan ada darah beku di otaknya. so kite kena wat surgery cepat-cepat" ala-ala dalam filem.

tapi Allah dah ciptakan sel-sel kita ni untuk jadi berdikari. kalaulah lepas brain trauma dan dia masih hidup
diizinkan Allah sel-sel otak akan saling menolong untuk mengembalikan fungsi asal otak. kalau bertuah dia akan 100% sembuh balik. ada yang tak sembuh juga.
tapi kalaulah sembuh selalunya akan ada juga cacat celanya. maybe mata juling ka?

bukan orang eksiden saja yang boleh kena, orang yang aktif bersukan macam ragbi, orang kena ketuk kat kepala ka, baby yang jatuh sebab bapak dia lambung-lambung ka...


kesimpulannya,

PAKAILAH TOPI KELEDAR SEMASA MENUNGGANG MOTOSIKAL

sebab ketebalan dan lapisan dalam topi keledar aka helmet tu dah direka khas dah untuk serap hentakan bila anda terjatuh

PASTIKAN IA DIPERAKUI SIRIM



bukan cap ciplak cabuk ekk



SAYANGI NYAWA ANDA DAN KELUARGA ANDA

pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh minah tak sedor diri dia nak periksa lusa tapi masih sibuk dengan dunia blognya

salam sayang


:cinonet_25:

*lepas abis peksa akan ku lawat belog anda semua. so maaf kalau aku tak menjenguk pada waktu terdekat ni.
:cinonet_42:

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena