Tuesday, June 09, 2009

Susah sangatkah belajar dalam bahasa Inggeris?

Assalamualaikum anta dan ante suma...

bertemu lagi dalam halaman saya membebel ini. harap hari anda berlalu dengan baik dan masyuk. dan diharapkan iman anda tidak berkurang hari ini.

terkini kerajaan nak menjadikan bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.
maksud lulus tu sangatlah besar.

sebab kalau anda TAK lulus,
1.anda perlu MENGULANG kembali peperiksaan kertas yang gagal tu, sekaligus menyebabkan anda setahun dua tertinggal di belakang kawan kawan anda.

2. selain itu, anda juga mungkin dibual bicarakan oleh mamarazzi tempatan, saudara mara, jiran tetangga sebagai minah/mamat bebal yang tak buleh nak score paper english pun. :small_boy_10.gif:
-maaf terkasar bahasa dan jangan terasa bagi anda yang 'tergagal' dulu.



Tak lama lagi akan adalah pulak piket-piket yang membantah cadangan kerajaan ni. dan akan keluarlah alasan berbunyi begini antaranya.

" BAGAIMANA DENGAN NASIB PELAJAR LUAR BANDAR YANG DIRAMALKAN AKAN BERDUYUN-DUYUN GAGAL SPM DAN AKAN BERDUYUN-DUYUN CEPAT BERUMAH TANGGA?"

-aku menambah aja yang dibelakang itu

AKU TAK PUAS HATI> KENAPA PELAJAR LUAR BANDAR DIKATAKAN BERMASALAH KALAU BI DIJADIKAN SUBJEK WAJIB LULUS??

mungkinlah jugak statistik spm menunjukkan yang gagal BI tu rata-rata pelajar luar bandar. yang banyak lulus tu pelajar atas bandar, tepi bandar dalam bandar, bawah bandar.

selaku seorang pelajar luar bandar, aku tak merasakan belajar dan lulus BI tu sebagai satu cabaran maha hebat lagi mustahil .
ataupun dengan terbasminya cadangan tu, akan melenyapkan penyakit 'melayu mudah lupa diri' atau 'melayu cepat nak jadi orang putih orang korea orang jepun orang new zealand dairy milk products'?

dalam fikiran aku cepat menyenaraikan KEPENTINGAN BELAJAR BAHASA INGGERIS

1. nak guna di universiti, kolej dan sewaktu dengannya.
di matrikulasi, belajar dalam BI semuanya, kalau tak matrikulasi, universiti yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar pun kena guna buku rujukan BI jugak. sapa yang rajin sangat nak translate FOX, CAMPBELL dalam bahasa melayu? kalau dari awal dah kecut perut belajar BI, nanti nak baca buku internasional macam mana? takkan nak upah translator atau guna google translator?
macammana kalau lecturer tu import dari uni of harvard (chewaah) ka nottingham atau mynmar pun guna english gak. dia membebel lam lecture anda membebel guna henset pulak ngan makwe anda sebab tak paham.

2. supaya paham bila main game pc, ps, psp, gameboy dsb
belum wujud lagi (mungkin) pengeluar game berbahasa melayu. kalau tak faham BI macam mana nak maen silent hill, dota, HOTD, counterstrike, clock tower, resident evil dsb? kalau sangkut macam mana nak baca walkthrough atau cheat dia? kan tak best kalau tak game? main mario memangla tak payah tau BI.
-alasan yang poyo, hehe

3. bila beli vcd cetak rompak best skit layan
kenapa? vcd cetak rompak skang ni subtitlenya sangatlah teruk. konon malay tapi sebenarnya indomalayenglish-yang-broken-nak-mampos.
yang bye jadi eye.
contoh ya tuan puan, "good morning, awak makan that, ewww ia berdebu (disgusting? bunyi ada cam dust2 skit kan). good eye (salah dengar bye jadi eye)"
kenapa tu? sebab yang translate tu pun tak blaja BI. kalau kita tau english, bulehla tengok cita dengan subtitle english, ataupun yang cekap dan cekang buleh tengok cita omputeh selamba tanpa ada subtitle.

4. layan komik/manga/anime free, jimat belanja hanya perlukan internet saja
1 cd burn one piece aku beli rm 4 per cd, ada 10 episode. sekarang ada dekat 300 episode one piece. kira kira berapa rm aku nak kena abehkan untuk dapatkan full episode? lam rm 120 kot. tapi kalau aku guna wireless free yang melambak di malaysia tercinta ni, aku donlod semuanya dr dbz-media.nl secara free. muahahaha untung tak? tu tak masuk full episode of manga paradise kiss, midori no hibi yang harganya per book rm 30 ++ di kinokuniya klcc atau rm 8 +- gempakstarz.

5. bahasa yang bolehkan anda membeli belah dengan efisien sekali
kalau ke tempat orang nak beli souvenir tak adalah masalah sangat. walaupun buleh guna bahasa isyarat ala nak bersilat dan tekan kalkulator tapi ada banyakkk kelebihan bila anda buleh bercakap dari berbahasa isyarat.

6. memudahkan perbualan dengan orang melayu yang tak sedialek dengan anda
sewaktu di indonesia

aku : kalo di indo sini apa bezanya sma dengan universiti
pak supir : apa?
aku : the differences between sma dengan universitasnya apa pak?
pak supir : ooo.. itu bla bla bla bla

kerana aku dan pak supir sama-sama ngerti bahasa inggeris maka kami dapek neruskan perbualan. (sila baca ngan nada indo)


dan banyak lagi. belajar bahasa ni memerlukan MINAT. kalau tak minat susahlah.
bahasa melayu pun sebenarnya susah. berkali-kali aku kompelin dengan kawan dulu di sekolah sebab makin belajar makin tak faham jadinya.

bahasa inggeris aku lihat ia sebagai satu bahasa yang unik. sebabnya dari kecik cerita tom and jerry, mr bean (walau tak macam bercakap pun), teletubbies, power rangers, kan bercakap dalam bahasa Inggeris.

dan satu cita-cita yang aku tinggalkan ialah menjadi cikgu bahasa Inggeris. aku juga mengucap byebye kepada TESSEL yang aku aim sekian lama selain dunia kedoktoran ni.

siapa english speaker di rumah ku? none of us.
tapi mak aku ialah seorang penggemar sidney sheldon, novelist terkenal, seorang akauntan yang sering dicari adiknya sebab nak suruh translate surat yang rata-rata bahasanya Inggeris.
abah aku seorang yang tak berpendidikan tinggi tapi suatu ketika dulu aku lihat dia giat belajar english untuk meng-upkan dirinya 1 tahap lagi. dia juga buleh berbahasa siam dan kami ke danok dapat shopping dengan mudah. sekarang aku tak rasa english satu hal bagi dia.
abang aku seorang penanam anggur yg fresh-ahakz walau tak bercakap english aku tau dia wat assignment suma dalam BI. owh study di unimap, perlis yang dok di utara malaysia. amat dekat dengan konteks luar bandar.
bahasa lidah masih bahasa melayu. tapi aku pasti antara kami berenam kalau dicampak ke negeri omputeh kami mesti buleh cakap BI walau gagap terbalik kuang pun.

owh kat mana kami tinggal?
di kampung padang nyiur, dengan ada 1 sekolah rendah sahaja untuk seluruh mukim di mana tiap kali UPSR adala lam 3,4,5 orang dapat 5A.
tapi rasanya rata-rata anak kampung gagal add math, fizik, bio, akaun, kalau nak dibandingkan dengan english. manual henset yang anda tekan hari hari tu pun english.
dengan rate sekarang aku percaya walau tak boleh bercakap bahasa Inggeris lancar, tapi rata-rata belia kampung aku boleh membaca dan memahami BI.

so kerajaan patut ubah kerisauan tu kepada "khuatir orang-orang yang malas belajar gagal SPM"
tak kisahlah bandar ka luar bandar. orang malas banyak alasannya.

mengaji al-quran dan jawi, dari pengalaman aku pelajar luar bandar lagi tinggi merit dari pelajar bandar. kenapa? penekanan dan pendedahan lebih.
so lebihkan pendedahan, tunjuk ajar dan pupuk minat pemuda pemudi luar bandar ni, so aku rasa pelajar luar bandar pun buleh score English jugak.

salam sayang dari aku yang lulus BM dan BI SPM.
nak tips belajar dari aku? sila mintak.
:cinonet_04:

14 comments:

  1. Bagaimanapun, tentang ini masih kita boleh perbincangkan lagi. Wajib lulus BI ini masih di peringkat cadangan dan perlu kajian lebih dalam lagi.

    Akan tetapi, tentang PPSMI, saya menentangnya dengan sekras-kerasnya. Bukan kerana saya ini pejuang bahasa, akan tetapi kerana kesan-kesan buruk yang mula kelihatan hasil dari dasar tersebut

    Mak dan ayah saya kedua-dua nya cikgu. Rakan-rakan guru yang lain turut menentangnya. Termasuk guru-guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik sendiri (walaupun mereka dapat elaun hampir rm300 untuk PPSMI ini)

    Dan, tiada satu pun Kesatuan Guru di Malaysia ini yang menyokongnya. Hampir semua membantah PPSMI.

    Malah, hasil kajian oleh wakil2 pengkaji IPTA2 di Malaysia,PPSMI menyumbang tidak sampai 10% pada perkembangan murid2 terhadap subjek BI. Malah, ia menyebabkan mereka langsung tidak dapat mempelajari Sains dan Matematik

    Maaf atas ulasan panjang di sini. Banyak lagi hujah yang boleh dikongsi di sini. Saya ingin saja menulis tentang PPSMI di blog saya sendiri, tapi nampaknya masih belum kesempatan lagi.

    Hahaha, nanti2 lah ya!

    ReplyDelete
  2. Di Sekolah Cina, mereka hanya belajar math n science dlm BI sekejap saja. Yang selebihnya mereka belajar guna bahasa ibunda mereka.

    Jadi, bila periksa, depa jawab x guna BI, sbb buley jwb dwi bahsa kan.

    Org Melayu pulak, blaja dlm melayu pun tah ke mana2, dlm BI, hahahaha, lagi tah ke mana

    sudahnya, akan lahir generasi2 yang tak pandai langsung science n math

    sbb ape x pndai science n math, sebab depa tak pndai BI, hahahaha...kan ke lawak alasan gitu

    tak pernah ada satu tamadun pun yang wujud kat muka bumi ini mencapai kemajuan dengan belajar menggunakan bahasa selain bahasa ibunda mereka

    Mungkin tamadun Malaysia nak jadi tamadun yang pertama buat gitu agaknya, ahahahaha..

    Wallahualam, Tuhan saja lebih mengetahui..

    ReplyDelete
  3. luahan rasa yg hebat!
    cadangan kepentingan bljr bhs inggeris yg bernas!
    .tahniah.saya setuju dan sokong.
    tiada alasan utk tidak blh berjaya.
    yg penting .usaha.
    tak kisah la nk bljr bahasa ape pn.
    p/s: tgh turut mendalami bhs ibunda tercinta. hee..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. ENTRY INI MAIN PASAL MEWAJIBKAN LULUS BI dan bukan pasal penggunaan BI untuk english and science.
    (walaupun konteks sama)

    amr-din

    maaf aku cakap, rata-rata guru yang membangkang cadangan mat dan sc dalam english ialah guru yang veteran. guru muda/ baru tak banyak masalah. pernah diperli dalam kartun akhbar cikgu sendiri tak mahu belajar english. keluarga aku ialah keluarga cikgu, kecuali abah aku yang tak jadi cikgu. bila paklang aku melanjutkan pelajaran lam master untuk subjek math dia, guess apa bahasa yang dia guna time blaja? english! lambat cepat anda kena balajar jugak dalam BI kecualilah anda tak berhasrat nak blaja tinggi or anda genius buleh cipta formula sendiri.

    jangan jadikan alasan saya tak pandai english sebab tu saya bodo math dan sains. kalau saya blaja dalam bm saya pandai lagi. iyakah? kalau malas tak mahu belajar (tuduhan yang benar) letaklah bahasa jawi pun tak boleh score jugak.
    samalah seperti saya tak pandai tanam padi sebab tu saya tak makan nasi??!

    rugikah belajar advance sedikit?

    budak cina guna bahasa ibunda jawab exam? patutlah dorang x fluent malay? (got my point?)
    kenapa budak cina score math, sc yang dijawab dalam BM padahal BM dorang fail?
    budak melayu yang dari lahir guna bm tak jugak score. kenapa? bukan isu bahasa, isu mentaliti dan daya usaha.

    nazyrh
    aku terfikir jugak, kenapa nak kena kasi lulus BI dalam spm?

    tapi tetiba termasuk lam minda aku, berapa percentage lulus dalam SPM? 40 markah kan.
    kerajaan tak mintak pelajar jadi top scorer english dapat A1 gceo 1, dia just mintak lulus.
    tambahan pulak graf markah spm selalu down bila exam kan?

    dengan bantuan guru, ubah dan research style pembelajran berkesan, pelajar pun buleh move forward untuk dapatkan atleast 40 markah for their own sake.

    drara and monkey
    tak hilang bisa ular menyusur akar kan?

    ReplyDelete
  6. *hahaha, sorry terkeluaq tajuk. Bukan apa, sebab saya melihat ada perkaitan antara isu ini dengan PPSMI.

    Jika benar kerajaan mahu menaikkan tahap penguasaan pelajar terhadap bahasa Inggeris,
    maka, sepatutnya pengajaran BI itu yang perlu ditambah baikkan lagi.

    Bukannya dengan cara menggunakan BI dalam matematik dan sains. Ini akan saya ulas nanti dalam blog saya, insyaALLAH jika diberi kelapangan.

    ReplyDelete
  7. nad, manthob gile...
    y pling ak ske...
    org malas bnyk alasn nye..

    ReplyDelete
  8. aku ambik iktibar dari orang ni.. (sambli tengok cermin) hehehe

    ReplyDelete
  9. sapa kata student luaq bndaq xley score english?
    kalo x, xdakla mmber aku nih dapt band 5 muet kn?
    hehehehe...

    ReplyDelete
  10. hahaa sbenanye BI bgande sng dr BM~coz BM ni tiap thn ade je "pembetulan" dia...x cam BI....steady je...dr generasi ke generasi yg tu jugak xde perubahan,,,

    kena ikut zmn la,,
    dulu zaman kegemilangan islam,org eropah sibuk belajar bhase arab coz nak tau ilmu2 dr org2 arab nih~lepas perang kn org kafir dah amek sume buku2 org islam n translate b4 buang kat sungai ape ntah smpai hitam air tuh~.....so jadi la lepas tuh zmn kegemilangan eropah~.....jadi la dlm BI yg di agong2kan~nak xnak terpakse la kejar BI kalo xnak di cop "ketinggalan"~

    ReplyDelete
  11. aku sokong penggunaan bi..smpi kang aku belajar bi tp merangkak2, tupn x byk yg sudi bercakap sbb takut ketahuan x pandai bi..aku bkn org Melayu tp dpt A2 spm.bi jer aku lemah..kang rasala sbb msk kolej swasta pandai x pandai kena guna jugak!jgnla pentingkn dri,kelas aku dlu byk x lulus subjek len tp bm byk dpt B pada hal kami bkn org Melayu.sekolah aku ramai cemerlang bm tp bi kantoi huhuhu

    ReplyDelete
  12. kalo aku tanya kwn2 yg bkn Melayu termasuk aku,rata2 kami cemerlang dlm bm tp bi hmm...klo plaksanaan ni jd gerenti kami yg bkn Melayu dpt bonus sbb dpt mpelajari 2 bahasa....

    ReplyDelete
  13. anonymous

    bangsa lain memang lagi up sebab belajaq lagi banyak bahasa. malay just learn two,and they are complaining about it. sigh

    so kenapa ko rasa bi dak2 skolah ko kurang berbanding bahasa melayu?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena