Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, January 24, 2010

Bila Memegang Agama...

Semalam dengar ceramah Ustaz Kazim.

"Umat akhir zaman pegang agama macam pegang bara api. Lepas dia padam, pegang tangan kita sakit"

Berdasarkan contoh yang ustaz bagi, aku teringat seorang sahabat.

Dia aku namakan Aminah. Senang.

Aminah ni selalunya menegur apa yang salah dalam sesuatu hal. Contohnya tak pakai stokin, tak tutup aurat, seluar ketat, tak sapu sampah, kari masin etc etc etc
Kamu rasa apalah pandangan orang terhadap si Aminah?

"Sibuklah dia tu. Kalau tak suka.. Diam-diam sudah."

"Aminah tu macam bagus. Ingat dia konfem ahli syurga?"

"Aminah tu setiap kali nak menegur. menyampah. Macam baik sangat. Semua tak suka dia tau!"

Korang rasalah, apalah perasaan Aminah ni bila dia lontarkan teguran sebegitu kepada rakannya?

"aku bagus, so aku kenalah tegur diorang."
atau
"aku mesti tegur diorang, maybe diorang tak tahu ni salah. mana tahu, usaha aku ni bukak pintu hati diorang?"

Pernah tak terfikir, di sebalik teguran pedas sebab termakan cili si Aminah ni
apa ada dalam hati dia.
Pernah tak terfikir sebenarnya Aminah sangat gentar, Dia pun takut hidup dicemuh manusia.

Sungguh! Tanyalah Aminah!

Aminah ni agak-agak berapa kali dia menangis sebabkan terkecil hati?
BErapa kali dia makan hati?
Berapa kalu dia terluka atas niat dia yang nak membangunkan orang yang mabuk kena syabu? eh eh
Sampaikan satu tahap si Aminah ni tak lagi menangis.

Rasa-rasa kerana apa Si Aminah ni masih tahan semua kata kesat orang?

"Wahai bunda, anakanda tak sanggup lagi menahan kata-kata orang bunda, Anakanda lemparkan mutiara, durian dibalasnya anakanda..." Kata Aminah dalam syahdu.

Wahai anakandaku Aminah,Kadangkala mungkin mutiara yang kamu bagi tu tak cukup silau. Mereka lempar kembali. Mungkin mutiara kamu bagi tak sempurna, mereka campak pergi. Mungkin mutiara kamu bagi belum digilap, mereka punggai(baling) kembali. Tapi ingatlah niat asal kamu, masih nak memberi mutiara. kalau dulu kamu melempar, mungkin kini kamu menghulur. Esok kamu memberi, lusa mana tahu kamu menerima kembali..

Apapun Aminah, Tuhan menilai usaha kamu, Tahukan kamu mutiara tetap mutiara walau ia disadur simen sekalipun. Yang mengetahui harganya saja akan menghargainya.

YANG TUAN EMPUNYA SAJA TAHU AKAN NILAINYA.

Berbuatlah sesuatu kerana Allah. Nescaya kamu tidak gentar, tidak gusar, dan tidak goyah wahai anakandaku" Nasihat ibunda.. Lalu Aminah mengangguk lesu. Namun dalam hatinya, api marak kembali untuk berdakwah.

ecewahh macam filem melayu klasik pulak kan.

kata ustaz kazim, aku sambung

"orang yang menyuruh kepada kebaikan, yang menegur kemungkaran, yang mengutarakan pandangan dipandang slack. Sampaikan ulama, ustaz pun takut nak bukak mulut takut-takut nanti dikeji masyarakat. Lagikan pulah rakyat marhain macam ana ni..... Kalau dia tak takut, dia takut anak bini saudara mara ibunda ayahanda dia turut sama rasa tempias.

Orang yang tak memegang pada agama boleh berbangga. Mengisytiharkan diri mereka di khalayak ramai, akan kemodenan dan kejahilan mereka (berbuat dosa dan berasa bangga)"

(aku tambah-tambah ja ucapan ustaz ni)

Sejauh mana aku pegang agama. Aku maybe pegang dengan tisu. Lapik-lapik bara api.
Sumpah aku tak berani nak sedaring si Aminah.

Baru ja disergah sebab menegur aku dah cuak rasa bersalah.
Alahai kerdilnya aku dalam nak pertahankan agama...
Agaknya campak aku kat medan Uhud nampak ja asap obor musuh aku dah lari lintang pukang.


Apapun the moral is.

Tak kiralah susah mana pun, sepanas mana pun bara api, jangan kita lepaskan.
Usaha kita dalam nak menjaga agama insyaAllah dinilai. Aku bukan siapa-siapa nak bercakap dalam hal ni.
aku pakai lesen human being ja.

p/s - jangan cepat melatah bila ditegur. sedangkan para nabi ditegur apatah lagi kita manusia biasa

wallahua'lam

Monday, August 31, 2009

Doa Minta diKembalikan Barang yang Dicuri

Ini doa dari tok wan saya berikutan insiden baru-baru ni. Dia suruh saya amalkan tiap hari.

1. Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.
kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa bersalah.

2. selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.




yakinlah pada Allah. tu yang paling penting.



Cerita tokwan, angsanya pernah dilarikan orang, dia amalkan zikir ni, orang tu panas punggung, pulangkan angsa dia balik.

***************


Saya tak sangka, post ni jadi viral. Ramai yang menjenguk dan bertanya. Terus terang, saya pesan amalkanlah dengan ikhlas.

1.Jangan baca dengan hati yang tamak, ini hanyalah salah satu amalan untuk ikhtiar, bukan penawar atau satu cara 'definite' untuk dapatkan kembali barang yang hilang. Ini bukan magic atau wajib mujarab, ini IKHTIAR. yang memulangkannya ialah pemilik harta, nyawa kita, Allah.

Kalau tak dapat balik barang yang hilang tu, jangan bersedih melarat-larat,InsyaAllah Allah gantikan dengan yang baru, lebih baik. Ada hikmahnya InsyaAllah..

2.Bacalah berapa kali nak baca pun, ini bukan ubat doktor.. ambik lebih overdose, ambil kurang tak berkesan. Cara yang diajar pada saya seperti di atas, begitulah.

3. Jangan bila susah baru nak ingat tuhan, waktu senang solat pun ke laut. Saya rasa doa paling mujarab dari hati yang ikhlas, kena pada adab dan cara, tak kisahlah dia baca simple dan biasa..

Wednesday, February 25, 2009

Wanita bertudung pembawa fitnah

Tadi aku ada kelas koku, family in Islam. Asalnya aku nak join sukan, ya la dah jarang2 bersukan elok aku join sport terus..
tapi kita hanya merancang, Allah yang tentukan.
alih2 aku pilih Family in Islam.

sewaktu kelas tadi, ada kawan aku bertanya pada ustaz.
"macammana kalau orang tu baik sangat, tapi x pakai tudung, dan lagi sorang tu pakai tudung, tapi suka mengumpat?"

ni excuse yang selalu kita dengar. pakai tudung x semestinya baikkan?

kata ustaz.....

"kedua-duanya salah!" ustaz takhiyudin tersenyum. (comei betui)

katanya lagi, dua2 tu, menutup aurat dan memelihara dari mengumpat ialah hukum syarak.
dua2 Allah suruh.

"tapi bagi perempuan yang bertudung tu, susahnya... dia membawa fitnah kepada agama."
ni lah antara benda yang kita selalu terlupa.
bila kita memakai tudung/serban/kopiah, kita sebenarnya membawakan imej agama Islam.
kalau kita tak menjaga akhlak dan budi bicara kita, apa orang akan judge kita dan agama kita?

ustaz pernah cerita, ada kawan dia yang tengah kalut2
sambil drive, dia cabut kopiah dia, dan letak di tepi
bila ditanya kenapa dia buat macam tu?
"aku nak cepat, nak bawak laju. aku langgar lampu merah. kalau aku x buang kopiah tu, orang yang nampak akan tau tu orang islam. "
nanti cepat ja mulut boleh berkata, nama ja Islam, x jaga etika...

kita yang bertudung ini, memegang amanah yang lebih besar untuk menjaga nama baik agama kita.
kalau nama family tercemar, hanya terhad kepada family ja. kalau nama agama? satu dunia akan memperkatakan tentang Islam

antara contoh ketara aku nampak perempuan2 yang membawa fitnah kepada agama ni..
perempuan bertudung yang...
1. berbaju ketat sendat, jarang
2. murah (senang2 tengok kena peluk dengan lelaki bukan mahram, merendek sana sini ngn jantan)
3. hisap rokok
4. minum arak
5. gelak kuat2 depan orang ramai (err.... terasa sikit)
6. suka mencuri
7. gila cinta gila jantan
8. buang sampah merata2
9. melalak di tempat x sepatutnya
10. yang tiru fesyen x tentu hala (macam gothic lolita tu)

hurm banyak lagi rasanya.. cuma x terpikir pulak aku skang ni

bukanlah maksudnya bila nak buat jahat/nakal kena cabut letak tudung tu tepi
seeloknya...

elak diri dari buat dosa terus

untung kita untung agama




Thursday, January 15, 2009

Kematian hanyalah sekadar pertukaran alam

Semalam ada satu tazkirah dari ustazah CITU yang aku x tahu namanya..

katanya kematian itu hanyalah sekadar pertukaran alam.
setiap manusia ni wajib melalui alam2 yang telah ditentukan oleh Allah iaitu:

1. alam roh- sebelum lahirnya kita di dunia
2. alam dunia- sekarang
3. alam kubur/barzakh
4. alam akhirat

kata ustazah, wajib kita melalui alam2 ni, tak kiralah kita suka atau tidak.
pernah aku terbaca,
dunia ni tempat untuk menyemai, akhirat tempat untuk menuai hasil

kiranya kita di dunia ini adalah untuk mencari bekalan yang secukupnya agar di akhirat nanti kita tidak papa kedana. bekalan tu bukanlah berbentuk makanan, wang, atau nama tetapi merupakan amal kebajikan, jariah dan pahala.
setelah kita bertukar ke alam seterusnya ni, tiada apa yang dapat kita lakukan lagi melainkan mengharapkan doa2 dari orang yang masih hidup.

kata ustazah lagi, alam barzakh merupakan tempat percutian, tempat berehat bagi orang2 yang semasa hidupnya menjaga dirinya dari melakukan dosa2.
tetapi untuk manusia yang lalai dan leka, alam barzakh ialah alam di mana kita menerima denda akibat dari perbuatan kita di dunia.

di alam akhirat kita pastri akan melalui hisab, timbangan mizan, titian siratulmustaqim dan antara neraka dan syurga, salah satu pasti akan menjadi tempat kita.

sahabat2 nabi mentafsirkan mati sebagai satu jalan mereka untuk bertemu dengan Allah. mereka meminta agar di dunia ni Allah menguji mereka dengan ujian2 yang masih membolehkan mereka beribadat, kerana mereka menganggap kesusahan merupakan cara yang paling mudah untuk beroleh ganjaran dari Allah. Bagaimana? dengan bersyukur dan redha sepanjang kita di uji.

namun, nabi muhammad melarang kita umatnya berdoa meminta kesusahan kerana taraf iman kita tidak sama. semasa malaikat jibril memberitahu Rasulullah bahawa antara2 neraka yang disediakan, satu itu untuk umatnya, Rasulullah terus pengsan. betapa sayangnya rasulullah kepada kita semua.
dan sebelum baginda wafat, baginda masih menyebut, ummati, ummati. (umatku, umatku)

betapa Allah Maha Pengampun, dia menerima taubat hamba-Nya.

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena