Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts

Monday, August 03, 2009

Gambar 'ber'Hantu di KMPK

Gambar- gambar ni di snap around nak habis semester 2 2006, yakni masa aku belajar di sana dulu. Gambar ni bukanlah aku yang punya pun, aku dapat dari rakan-rakan bluetooth yang sangat maju di Kolej Matrikulasi Perak tambah-tambah time ceramah di Dewan.

Gambar first ni waktu hari kebudayaan ke apa ntah nama dia. Setiap lecture hall akan jadi wakil negeri/negara dan bukak booth, buat persembahan kebudayaan mewakili negeri tu, Korang agak-agak dari segi pemakaian tu negeri mana?

Tuan gambar ni claim kata tu gambar dia yang tengah bergerak. Sebab tu jadi cenggitu. Ada kawan cakap balik sebab dia tak mau orang takut, dia cakap gitu. Apapun gambar ni memang menarikkan?



Gambar second ni di sebelah dewan yang sama jugak, akhir semester 2. Girl ni kalau tak salah aku baru balik dinner. Dia ngan kawan dia berposinglah lawan tangkap gambar dan ups ada yang nak interframe nampaknya.. Gambar ni korang boleh belek dan zoom sesuka hati. memang tak nampak kepala 'apa' berjubah hitam tu..



havoc jugaklah time tu. Apapun persamaan kedua gambar ni terjadi bila ada event yang besar, dalam keadaan terlalu syok barangkali.
Pesan orang tua-tua, "Jangan terlampau seronok sangat, nanti adalah yang nak jadi."

Gambar minah comel ni pulak bukan di KMPK> tak salah aku ceritanya dia ni JPK/JPP yang melawat matrik lain. Dia tengah tunggu kawan dia dalam toilet tu.
Agak bosan sangat kut dia snap pic dia. Tup tup ternampak dalam pic ada 'perasa tambahan' pulak. Dia kata (menurut cerita kawan aku) time dia snap tak ada menda tu. Yalah, takkan nampak cenggitu korang nak tangkap gambaq lagi kan?:cinonet_27:




Ni gambar eklusif dari aku tau. Haha enjoy!!
buat tuan gambar aku mintak izin ek. jangan mara nanti aku belanja cekelat hacks.

:cinonet_04:

Monday, July 20, 2009

Gangguan???




Pernah tak korang kena 'ganggu'?
Selalunya yang prone nak kena 'kacau' dengan makhluk halus ni budak-budak kecik.
Salah langkah diikutnya ke rumah. Ni nak share story sal 'gangguan'.

Tajuk post ni macam post deeba yang sebelum ni plak. tapi tak apalah kan, isinya lain...

Apa cerita?

Hari sabtu haritu mak menakan aka mak sedara lilac sekeluarga from kedah datang ke selangor.
yang dari kedah ni panggilnya MAK LANG.
datang stay rumah MAK SU yang duduk di perumahan jabatan laut port klang.

ceritanya hari sabtu haritu kami ke PAntai Remis.
( Ingatkan Pantai Remis di Perak, rupanya kat Selangor pun ada jugak)
sampai di sana awal gi. panas gi time tu, dalam pukul 3 lebih.
Lepak-lepak sampailah agak teduh, kami pun turun ke pantai.


budak cute tengah bercanda. Putih tu dibah, pink tu alya

Adik Wan, (anak Mak Lang), Dibah and Alya (anak pak su) yang masih muda belia dah tak sabar nak korek pasir.
Memula aktiviti utama jalan-jalan cari siput cantik ja.
Bila air dah mula nak surut, melangkah ke dalam sikit tengok ikan belacak main air.
Pantai remis ni airnya tak dalam. Berlumpur ja. Bukan jugak tempat orang mandi. Just ambil angin ja.
Tengok ada orang kutip something kat tepi batu, kami pun nak join jugak. Rupanya kutip siput yang lekat di batu tu.
Bila surut lagi air dah nampak kelibat kerang remaja atas pasir+lumpur. makin sakanlah kami time tu.


dipercayai Teania sp. Kena tanya Dr Veelayan ni.

This see=poot are edible. Bila nampak kutip balik goreng tau!

eeh anak dara sapa ni?

Geng remaja sikit ( Lilac, dan anak Mak Lang, Tirah, Pudin, Amir) mula dah cabut kasut dan lempar beg tangan ke tepi
suka sangat main lumpur, nak cari siput la katakan. Banyak la jugak hasil yang dapat walaupun kecik-kecik ja.
Syoknya sebab tak payah gali-gali pun. Tengok aja dah jumpa.

HAbis bab seronok. Sebelum maghrib bertolaklah kami dua kereta balik ke Port Klang.
Si Alya yang setahun lebih ni mula merengek-rengek letih. Nangis-nangis sikit.
Bila malam dia makin kuat merengek. Asyik nak nangis, nak didukung. Dia main, gelak kejap lepas tu nangis balik.
Well time ni tak suspect apa-apa lagi.

Bila ayah dia (Pak Su) nak keluar bekerja pukul 10 malam tu, dia dah nangis balik. Tambah time suma orang dah nak tidor tak berenti pulak dia nangis. Muka si Alya ni dah nampak penat sangat, tapi tak nak tidor jugak. Menangis menangis menangis. Dah letak minyak, usap badan dia, kasi susu tak nak diam jugak, Sampai pukul 1 pagi, yang masih berjaga tinggal Lilac, Mak LAng dan mak Su. Terdesak sangat, kami call tok wan di Bukit tembaga Kedah. Tok Wan (lelaki) boleh berubat baby yang kena 'kacau' ni dengan baca ayat Quran ikut handphone . Kami letaklah telefon di telinga si Alya. Tok Wan bacakan ayat al-Quran nak halau apa yang mengganggu.
BAnyak kali jugak Tok Wan ulang, si Alya masih nangis gak. Dia dah start tolak-tolak telefon, tak nak dengar.
Lilac pikir maybe dia rimas la kot.

BILA SAMPAI SATU MASA TU,
DIA PELUK MAKSU, DENGAN MATA TERTUTUP TUNJUK JARI DIA ARAH DAPUR
Lilac yang memang menghadap arah dapur tengok tak ada apa-apa pun.
Dah start rasa SERAM semacam.......
Lepas tu dia dah mula reda sikit. Senyap kejap. Pastu nak nangis balik.

Lilac pun bukak Ayat Kursi guna my N82, bukak loudspeaker, repeat surah tu sampai bateri habis.

Alya pun dah calm down dan buleh tidor dah.
kesian nampak letih sangat.
Esoknya demam si Alya tu. Agaknya apalah yang menggangu dia ek?

mungkinlah Alya ni ada nampak apa-apa yang kami tak nampak kan?
Mungkin jugak sebab dia gi mandi laut tadi.
Budak-budak kan sensitif sikit.

MAlam tu me ngan Mak Lang yang seram sejuk sesama tak boleh tidur.

KORANG MALAM NI CEMNA??

*cuba menggunakan kata ganti diri yang baru. did you notice?

:cinonet_04:

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena