Monday, May 11, 2009

Musibah atau Peringatan Allah

saat post ni ditulis dunia kalut dengan pelbagai serangan wabak yang membawa maut.

tak cukup selesema babi aka swine flu di luar negara,
gempa bumi di China korbankan 90 000 nyawa,
ada pulak chikungunya di kedah
dan ada bacteria meningitis pulak di Akedemi pengangkutan Jalan Malaysia.

kalau direnung dan menjenguk balik betapa lalai dan lekanya rakyat Malaysia sekarang ni
Ya , mungkin semua musibah tu peringatan Allah yang sayangkan hambaNya.

renung balik apa yang jadi headline paper baru-baru ni

"ibu hamil 4 bulan menginggal dunia di langgar diragut"
"nenek mati selepas ditampar perompak"
"larian bogel anjuran program ala explore race di johor"
"artis terpeluk?"

atau yang tak ada di paper

gadis ternoda atau sengaja diternodakan
mak bapak yang open minded lagi penyayang so bagi anak-anak kebebasan 100% tanpa mengira anak tu bekal akhirat.
anak-anak muda yang terasa hebat saban hari membangga diri berjaya merempit saban malam
bapak mak budak yang syok curang belakang pasangan
kakak atau abang yang bangga ada adik yang seksi daring dsb
sebahagian rakyat yang mengecam ulama dan ustaz
sebahagian manusia kurang ajar yang buat blog, video hina Islam, al-quran, hijab dan azan

Nabi Muhammad berdoa kepada Allah agar jangan diturunkan musibah secara direct kepada umat baginda
menangis Rasulullah mengenangkan umat akhir zaman ni, umat yang pincang dan hancur
kalaulah nabi Muhammad tak berdoa macam tu, agak-agak apa jadi eh?
mengenangkan kejadian kiamat dan seksa kubur menyebabkan kita tak boleh tidur malam,
apatah lagi hidup di neraka

"dunia ni tempat menyemai, akhirat tempat menuai"

kalau di dunia ni kita malas nak meracun, membaca, tuailah kita tanaman yang rosak, kecut bantut, atau mungkin tak ada apa
kalau di dunia ni kita hitam legam menahan panas mentari sebab nak menjaga tanaman, tuailah kita hasil di akhirat yang gemuk gedempol, manis lazat dsb.

musibah ni dia tak kira siapa
hang buat ka tak buat ka,

sebagai seorang umat, jiran tetanggga,
tanggungjawab amar maaruf nahi mungkar tu tetap ada
"jaga tepi kain orang" tu peribahasa orang dedulu, ditujukan kepada golongan kuat mengumpat,
bukan golongan yang prihatin tentang anak bangsa dan negara

bayangkan anak dara sebelah rumah terbunting dek dikerjakan bf sendiri di rumah sendiri
orang sebelah giat mengata,
tahukah kerana dia yang tak prihatin jugalah anak teruna tu dapat masuk membuntingkan anak dara orang dengan jayanya

tapi bukan senang nak menegakkan syiar Islam.
kalau senang dah lama ia tertegak ngan hensem dan segaknya

Apapun semuanya datang dari Allah
Dialah yang Maha Mengetahui
Wallahu a'lam..

Wednesday, May 06, 2009

Birthday dan siput gondang

Assalamualaikum...

Semalam 5th may is my birthday!
Alhamdullilah, hari post ni ditulis umur aku dah 19 tahun berapa jam ntah.
Asalnya aku just nak buat kek and pudding then jemput sedara terdekat makan,
x sangka with the aid of mum, dah jadi kenduri kesyukuran pulak.

semoga di umur ni pahala amalan aku bertambah, hati makin dekat dengan ngan Allah. doakanlah aku.

bawah ni ada sikit pic from the tiny ceremony.





makanan, nasi royal
(nasi minyak + ayam ros + daging itam+acar timun)




antara barisan tetamu



kek coklat moist



bluberry cheese secret recipe (tak sedap)



kezen ngan kek puding karamel handmade

kalau terperasan tak ada pun kawan aku kan?
haha
aku dok jauh dari pekan, so malaslah nak ajak kawan
umah aku ni tak pernah dikunjungi kengkawan
mungkinlah jugak aku tak banyak kawan
tapi yang penting sebab jauh

thanks to tetamu yang hadir
sepupu sepapat yang menolong
( aku tau aku tak bleh harap haha)

and thanks to mum and dad yang sponsor

to kawan2 yang wish dan ingat aku
thanks sangat.
hihi


sebelum tu, di petang hari , Tok Cik Ani ( adik tok) bertandang
bila tengok ada siput gondang dan temagik dalam baldi, terus dia nak tolong pesiang

*pesiang tu maksudnya tolong basuh,tolong potong

sebelum ni kawan adik aku mai ramai-ramai terjun parit blakang umah,
kutip inilah, siput keco (siput sedut), gondang and temagik.
siput ni boleh dapat di bendang, tali air, sungai

siput gondang to besaaaarrrr dari siput sedut.
dan dalam ilmu biologi, kelas dia lagi advance dari siput sdutlah. sebab dia berjantina dan bergigi.

temagik aku x snap pulak. rupa dia ala2 mentarang, cuma leper dan nipis lagi.




memula bukak pintu dia
lepas tu banjirkan umah dia
pastu shake shake



then bulehla tarik isi dia macam ni



demonstrasi menyiang gondang
dan sesi penurunan ilmu berlangsung



okek tu rupa siput gondangnya

tok cik ani then tolong masakkan masak lemak cili api
atau pun sni panggil masak lemak cabai
rasanya mak aiiii sedap betol (gambaq x sempat ditangkap)

aku pun first time makan,
sebab tak ada orang kat umah yang tau apa speselnya siput gondang ni
siput keco tu dah selalu makan dah.
rupanya orang kampung aku cukup fav siput ni

:cinonet_24:
aku pun suka jugak.
hihi

okek salam laporan dari aku.


and for LULU,
HAPPY BIRTHDAY DEAR!!


:cinonet_04:

Saturday, April 04, 2009

perihal otak anda

aku curi masa sekejap nak hilangkan rindu kat blog aku yang cute ni.

apa isinya kali ni ek?

otak

okek kawan-kawan,
dalam tengkorak kita ada apa? (sila jawab dengan hepi)
pandaiiiiiiii

bertukar kepada mode serius

dibawah tulang tengkorak kita ada 3 lapisan pelindung yang kita panggil sebagai meninges.



lapisan first paling luar namanya dura mater. maksudnya 'tough mother'

lapisan kedua namanya arachnoid mater. maksud arachnoid tu lelabah. dekat lapisan ni ada banyak jaringan pembuluh darah, salur darah. maybe sebab merayap-rayap cenggitu so namanya ada sangkut lelabah skit.

lapisan terdalam yang menyaluti otak kita namanya pia mater. piya dalam bahasa urdu maksudnya kekasih. tapi maksud pia mater tu soft mother.
so kalau mak anda garang, panggil dia dura mater, kalau lemah lembut pia mater ye. hehe

okek, di antara dura mater dengan arachnoid mater ada subdural space. kosong ja, tadak papa. panggilnya sinus.(rongga)
di antara arachnoid mater dengan pia mater ada subarachnoid space. sunarachnoid space ni ada cerebrospinal fluid. (CSF), tempat slaur darah, saraf lalu lalang

CSF ni kalau baby anda domam2, doktor selalu cucuk antara tengah kepala dan dahi untuk amik CSF ni untuk di uji kalau2 ada bakteria dan kuman. kalau orang dewasa selalunya amik lumbar puncture.

CSF ni sangat penting untuk menjamin keselamatan akal fikiran dn nyawa anda. kalaulah kurang sikittttt ja CSF ni, anda akan pening dan sakit kepala yang teramat.

okek sekarang kepala kita actually macam ni.

rambut(bagi yang ada) - kulit kepala - tengkorak- meninges- brain

jadi actually otak kita macam terapung dalam air ja. disebabkan ada meninges ni lah.
macamlah bumi yang kita pijak ni sebenarnya ialah kerak/tanah yang terapung atas leburan logam yang panasss gila (magma)

pernah tak terdengar kes orang mati accident tapi tak ada luka apa pun?
then doktor diagnose, kata pendarahan otak, darah beku

macam mana tu?

begini.

otak kita yang lembut tu, dicover oleh mater-mater ni saja. diluarnya tengkorak yang keras.
so apabila kita terhantuk dengan kuatnya, tengkorak akan menyerap hentakan tu. tapi otak?
sebab otak tu lembut.... so
otak akan melantun-lantun dalam tengkorak kita. (concussion) aka brain trauma aka brain injury
ni prinsip fizik nih. lupa nama dia




kalaulah hentakan tu sangat kuat, lapisan mater ni buleh koyak, dan
saluran pembuluh darah yang berselirat sana sini tu akan turut terkoyak. dan.... berdarahlah.... bila hilang darah, akan ada organ badan yang tak dapat supply oksigen yang cukup. kadang-kadang jadilah lumpuh, koma, dsb...
kalau kata darah yang terkumpul sangat banyak, dia akan tekan dengan brutalnya tisu otak kita
so rosaklah tisu otak.
kalau yang kena tu bahagian yang kawal penglihatan, mungkin anda buta.
kalau bahagian pemdengaran? pekak
kalau pernafasan? mati.
kalau darah tu beku, sel otak pun buleh turut jadi rosak sama.
so doktor akan kata " anak puan ada darah beku di otaknya. so kite kena wat surgery cepat-cepat" ala-ala dalam filem.

tapi Allah dah ciptakan sel-sel kita ni untuk jadi berdikari. kalaulah lepas brain trauma dan dia masih hidup
diizinkan Allah sel-sel otak akan saling menolong untuk mengembalikan fungsi asal otak. kalau bertuah dia akan 100% sembuh balik. ada yang tak sembuh juga.
tapi kalaulah sembuh selalunya akan ada juga cacat celanya. maybe mata juling ka?

bukan orang eksiden saja yang boleh kena, orang yang aktif bersukan macam ragbi, orang kena ketuk kat kepala ka, baby yang jatuh sebab bapak dia lambung-lambung ka...


kesimpulannya,

PAKAILAH TOPI KELEDAR SEMASA MENUNGGANG MOTOSIKAL

sebab ketebalan dan lapisan dalam topi keledar aka helmet tu dah direka khas dah untuk serap hentakan bila anda terjatuh

PASTIKAN IA DIPERAKUI SIRIM



bukan cap ciplak cabuk ekk



SAYANGI NYAWA ANDA DAN KELUARGA ANDA

pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh minah tak sedor diri dia nak periksa lusa tapi masih sibuk dengan dunia blognya

salam sayang


:cinonet_25:

*lepas abis peksa akan ku lawat belog anda semua. so maaf kalau aku tak menjenguk pada waktu terdekat ni.
:cinonet_42:

Wednesday, March 18, 2009

Ranking SBP SPM 2008

ranking ni di request dari somebody. dan sebab aku bek ati, nah aku kasik tengok...

1.SASER 1.612
2. KISAS 1.68
3. ASIS 1.754
4. SAMURA 1.83
5. SESTER 1.841
6. SBPI GOMBAK 1.883
7. SAINS JOHOR 1.906
8. SBPI RAWANG 1.951
9. SESERI 1.979
10. KUSESS 1.99
11. SBPI BATU RAKIT 2.004
12. SEMASHUR 2.014
13. SMSSI 2.005
14. SEMESTA 2.059
15. MCKK 2.073
16. MOZAC 2.084
17. SBPI SELANDAR 2.075
18. SMAPK 2.11
19. SAS 2.108
20. FARIS PETRA 2.135
21. SAINS SULTAN MAHMUD 2.142
22. SBPI TEMERLOH 2.143
23. STJ 2.171
24. SMAPL 2.198
25. SBPI SABAK BERNAM 2.193
26. STF 2.221
27. SBPI JEMPOL 2.248
28. SEMESRA 2.266
29. SMACH 2.269
30. SMSS 2.289
31. SBPI GOPENG 2.277
32. SMESH 2.321
33. SBPI PEKAN 2.355
34. SBPI KUANTAN 2.382
35. SERATAS 2.409
36. SEMSAS 2.406
37. SDAR 2.419
38. SAINS KUCHING 2.438
39. SHAH PEKAN 2.434
40. SEMESTI 2.447
41. SAKTI 2.444
42. STAR 2.456
43. SOKSEK 2.604
44. SAINS LAHAD DATU 2.621
45. SAINS DUNGUN 2.637
46. SAINS LABUAN 2.822

Belum Update :
TKC, SBPI KUBANG PASU, SSP, SAINS MIRI, SAINS PASIR PUTEH, SAINA, SAINS MAT JIWA & SMSAH

dirembat dari link:cinonet_17:

Wednesday, March 11, 2009

Kejadian Tulang Belakang



maaflah banyak post aku baru2 ni post emo. aku macam laut juga, ada time aku dilanda ribut. selalunya aku akan regret menulis post2 itu, tapi aku hold jari aku dari mengdelete.

berbalik pada tajuk post aku, aku nak kongsi skit satu menda yang bukti Allah ni mencipta sesuatu dengan penuh bijaksana dan berhikmah.
semua terletak pada logik akal aja.



merujuk kepada gambarajah di atas ( chewah macam soklan peksa pulak),
gambar sebelah paling kiri (far left orang putih kata) tu gambar tulang belakang dari pandangan depan. yang tengah dari pandangan sisi dan yang terkanan dari pandangan belakang.
menariknya menda bernama tulang belakang ni, ia nampak lurus dari depan dan belakang dan bengkok dari sisi. dan kalau ia bengkok dari pandangan depan dan belakang, ataupun lurus dari sisi, maksudnya seorang manusia itu adalah bermasalah.


clinical applications yang aku nak kongsi sini ialah mengenai gambar tengah2 tu. okeh, ada 4 jenis curvature
1. cervical curvature (leher)
2. thoracic curvature (dada)
3. lumbar curvature (pinggang)
4. sacral curvature (punggung)

okek dah paham? dah hafal?
thoracic curvature dan sacral curvature ni kita panggil dia primary curvature, sebab beranak2 lagi memang dah macam tu.
cervical curvature dan lumbar pulak terjadi waktu kita membesor...

cervical curvature ni terbentuk waktu kita angkat kepala time kita sedap meniarap tu,
kalau dr halis dia kata, "kerna bapaknya panggil, si anak pun dongak kepala" dalam nada indon pekatnya.
so sebab leher kita nak tampung berat kepala, jadilah lengkungan ni

lumbar curvature pulak... waktu kita belajar berjalan. kalau perasan selalunya baby jalan ngan perut kedepankan? sebab nak support badan kata dr rukhsana.
so nampaklah si baby ni jalan menonggek.

gambar tak ada kaitan dengan entri ni, saja nak tayang sanak sedara.
baca entry aku pasal tengkorak baby pulak

OPKIM KG KELA, RAUB PAHANG

bila ditanya, apa perasaan aku join opkim ni?
aku jawab " aku join opkim sebab nak lari dari uitm, dan aku sangat gembira!!"

hari jumaat lepas (kira tarikh sendiri ya) aku join opkim (operasi khidmat masyarakat) anjuran maskum (majlis sukarelawan universiti malaysia).
sebenanya aku g nagn bebudak komander dan pelatih kesatria beserta jpk kolej delima. aku bawah delima.
memula berat gak hati sebab esenment mang berlambak, tapi sebab kelaraan hati yang x sudah2 aku nak amik udara tempat len pulak, aku tawakkal ajala.
dengar kata nak pi tempat orang asli, kawasan pedalaman, risau gak aku. takut x serasi, walaupun aku x la idup senang sangat, tapi aku x pernah jugak idup susah. aku bayang letrik tadak, ngan umah kecik agi, iron baju pon tabley... ish3..

kawasan balairaya yang menyambut kami sumatengoklah muka masing time sampai. penat.

umah family angkat aku. besarkan?
tyme kenduri
dak delima yang havoc
posing ngan dak2 kg dalam surau
orienteering session dengan komander yg baik hati
yg baju oren tu mak aku
adlin tunjuk skill siang pucuk paku
pelajar perubatan dan payung
tenang
subhanallah

saujanamotivasi dengan murid sekolah ulu sungai
menangis. time refleksi diri. aku pun nangis sama


aku dan family
dari kiri aku, kak ami, kak dayah, kak siti, kak yaya
tengah mak and abah
bawah syasya
us
windunya kat korang, wani, mira and aku x igt,,
paipai... da masa nanti aku mai sini balik..

actually kampung ni cuma lacking dari segi komunikasi ja, yang len cukup cun dan cantek
selama aku di rumah mak angkat mang tadak line
memang sangat best
bangun pagi nengok pokok2 ijau ja ( aku masih rindu)
then belakang umah memang ada anak sungai
umah aku ada banyakkkk kucing yang comel2
tambah agi layanan family sangat baik, aku langsung x kekok selama di sana
thanks sangat, walau 4 hari singkat sangat, aku sangat happy




© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena