Wednesday, January 27, 2010

Bila sakit

Kebelakangan ni kesihatan Abdullah kurang baik. Sering dia sakit sana sakit sini.

Yang bestnya, sakit si Abdullah ni sikit, sikit.
So dalam erti kata lain nampak dia ni sihat ja.

Abdullah secara rasminya membuat cuti sendiri, tidak ke kelas dsb.
Oh Abdullah agak gusar.
Tapi untuk menahan kesakitan (tak seberapa) di khalayak ramai dia tidak mahu.

Hari ni, kemuncak mungkin.

Dia muntah.
Masih mukanya ceria berseri, tak ada pucat-pucat pun
Lagilah susah nak menjawab soalan orang kenapa tak ke kelas blablabla

So kalau kamu nampak si Abdullah, bagitahu dia'

"Ana doakan ente cepat sembuh. Moga Ente beroleh balik nikmat kesihatan , agar dapat ente ke kelas, beribadat, dan melalui hari-hari macam biasa"

Sakit, apabila kita redho, ialah satu cara pengampunan dosa (kan kan?)
So Abdullah mungkin jugak tengah mencuci dosa.
Haisy. mau ka Abdullah jadi macam nabi Ayub bertahun-tahun terlantar?
Kata Nabi Muhammad, iman umatnya tidak sama dengan iman umat terdahulu. Nabi tak galakkan umatnya meminta kesakitan sebagai penambah takwa. Takut-takut nanti lain jadinya.

ok chow!
:D

2 comments:

  1. siapakah abdullah itu,
    abdullah = hamba allah ea?
    mati-mati ingat abdullah tu lelaki..
    manusia memang banyak ragam..

    ReplyDelete
  2. Kesakitan membuat pancaindera seseorang lebih tajam dan bernas

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena