Tuesday, June 23, 2009

Memberi kepada yang tak berhak

SELAMAT HARI BAPA aku ucapkan buat seantero dunia yang bergelar bapa dalam masa belakang dan hadapan. Semoga Allah memberkati anda dan merahmati anda dengan anak-anak yang soleh dan solehah. Dan semoga anda juga tergolong dalam golongan bapa mithali.


Tajuk entri aku kali ini agak global danjugak boleh jadi sempit. Terpulang pada cara anda mentafsirkannya. Terus kepada isi, aku klasifikasikan huraian tajuk ini kepada beberapa point kecik, agak mudah pembaca hadam dan ambik pengajaran. sedikit shaja, panjang nanti tunggu aku tulis buku okey?
sepertimana nama blog aku, ada cerita dalam hidup ni. dan cerita yang insya-Allah bukan sia-sia.

bagaimana memberi kepada yang tak berhak? apa yang anda fikirkan pada saat awal anda baca tajuk ni. (sila tulis di komen bawah)

1.BAPA YANG MEMBERI KEPADA YANG TAK BERHAK

patutnya entri ini aku menyanjung para bapa kan? maaflah, ini adalah teguran kecil dari seorang anak kepada seorang bapa dan pemerhati tegar dalam masyarakat. bagaimana si bapa yang memberi kepada yang tak berhak ni? hurm...

a. masa.
sepatutnya masa yang dedi luangkan untuk mengajar anak-anak mengaji, solat jemaah, main ps2 sesama, lawat pantai merdeka, dedi gunakan untuk melepak bersama sahabat taulan di warung mamak berdiskusi mengenai politik atau sukan, berjudi, mengorat budak universiti, usung kak janda gi shoping complex, mengekor datuk L sana sini....
dalam 'kesibukan' harian dedi nak mencari rezeki sempat jugak dedi memberi apa yang milik anak-anak (yakni masa) kepada orang yang tak berhak sama sekali.

b. wang
bila diminta belikan PS3 melatah dedi!" wang gaji dedi bukan untuk PS3!!" dedi kata tak mampu.
kalau mintak yuran buku yang tak habis-habis dedi marah nak telepon pihak sekolah. marahkan kerajaan membebankan ibu bapa dengan karenah sistem pembelajaran yang melibatkan kos tinggi. dalam masa yang sama dedi belanja taulan dedi kiri dan kanan, dedi 'hadiah' kawan rahsia dedi itu dan ini, bawak holidaylah, belikan barang kemas, dedi beli rokok 3 kotak sehari, dedi tikam nombor ekor dan dedi berjudi lagi? wang dedi yang dedi guna tu entah hak siapa dedi?


c. kasih sayang
susahnya nak nampak dedi kat rumah? "dedi busy dengan kerja-kerja pejabat, cari makan, cari duit. anak-anak dedi semua dah besar, dah pandai jaga diri."
sebab tu kakak dah pandai jejak kaki ke 'kelab pagi', abang dah pandai ulangkaji enjin motor dan spesis tumbuhan (dadah) dengan taulan, adik pulak tak pandai-pandai sebab homework tak pernah siap. dedi cakap dedi sayang anak-anak dedi. sayang dedi macam racun, patutnya sayang seorang ayah kan macam baja pokok? makin sayang, makin subur pokok, makin baik dan 'menjadi' anak-anak. mami pulak, sebab berang dengan dedi, tiap masa melekat di telefon, nak ajak sahabat taulan mengata dedi, nak mencurahkan perasaan 'sakit' pada dedi dekat taulan. mak dedi aka nenek? dah bertahun tak nampak muka dedi. telepon pun bila dedi ada hal saja. haiii dedi dedi. mana kasih sayang dedi? dedi kasi kepada siapa?


2. PEMIMPIN YANG MEMBERI KEPADA YANG TAK BERHAK

a. harta benda rakyat
cukup sensitif bila sebut pasal pemimpin kan? ini dari kaca mata anak ribena seperti saya. duit/bantuan yang kerajaan peruntukkan, kepada sapa dato/tuan/inchik bagi? kepada rakyat fakir miskinkah? kepada orang cacat kurang upayakah? atau kepada sanak saudara, sahabat taulan, orang bawahan inchik2?? hak siapakah yang encik bagi kepada yang tak berhak tu? di dunia bolehlah nak telepon kiri kanan mintak tolong kaver line, di akhirat esok boleh tak nak kaver line dengan Tuhan?

cukup. malas nak hurai panjang-panjang


3. PEKERJA, PENGUSAHA, PENIAGA YANG TAK MAU BAYAQ ZAKAT
jugak TAK BAGI PADA YANG BERHAK

ni aku dengar dari ceramah agama. ustaz tu kata kalau tak bayaq zakat samalah macam mencuri hak orang yang berhak yakni 9 asnaf itu...
dia bagi contoh dah tuai hasil padi, tak mau bayaq zakat alasannya sebab sebelum ni pun bukan hidup senang mana..
amboi sungguh-tak-percaya-pada-janji-Allah.

dia susah ada jugak sawah padi. si fakir miskin, anak yatim apa ada?

di zaman anbia, pernah ditanya seorang sahabat macam mana nak bagi tak kaya sangat?
jawapannya sangat sempoi, "Jangan bersyukur!" (baca penuh di blog HAmka-keretamayat.blogspot)



4. PELAJAR YANG MEMBERI PADA YANG TAK BERHAK
ehem ehem sila tahan muka sebab terasa (kata penulis kepada dirnya sendiri)

masa yang diperuntukkan untuk belajar dalam lecture tu, kadang-kadang, kita 'transfer' untuk shopping, tidur (uhuk uhuk! tersedak pulak) , melukis manga
(aii tersedak lagi?)
masa untuk study dan buat homework kita guna untuk donlod crita dalam internet, layan youtube, chatting, 'pornografing', komik-ing
ataupun duit bia-ya-siswa(biasiswa) atau pitiputipu (ptptn) yang dibagi untuk tujuan ilmiah tu, kita salurkan untuk tujuan kebajikan diri yang berupa laptop canggih, henpon 3G, ipod shuffle, iphone 3G, gitar, baju yang balut aurat tak sesempurna mana tapi harga kalah 10 biji buah nangka,
tiket masuk ke panggung wayang kulit, modal berjoli di kelab pagi, teddy bear makwe dsb....


memberi pada yang tak berhak sungguh kan??

ish ish senget dah hidung aku kena bedal.. hahaha
(untuk yang tak dapat tangkap, hidung senget sebab terkena batang hidung sendiri)

:cinonet_34:

okewh, sempena semester baru ni, jom buat azam baru!!!
:cinonet_37: :cinonet_42:buleh agak tak apa azamnya dari gambar ni?


salam sayang dari aku. maaf terkasar bahasa....
:cinonet_04:

ps - entry ini memperkatakan salah guna sesetengah pihak sahaja. yang baik-baik dia tak kupas lagi. lain entry key!! salam muhasabah diri! semoga hari ini lagi baik dari semalam

7 comments:

  1. KAHKAH!

    MASYAALLAH!

    WOIT!

    MAKAN DLAM TUH!

    TERBENAM, TERTUSUK, TERPEROSOK SAMPAI LUBUK HATI!

    ReplyDelete
  2. terase sbb byk tido tu je ;)
    kat pemimpin yg rase banyak duit,,sbenanye duit rkyt je pon,,,,tnpe rkyt,,they r nothing,,,

    jom jd generasi yg berotak n berilmu n beragama~
    baru nama negara islam,,,

    bg bapak2 yg pandai wat anak~pandai2 la bela anak bia smpai
    ckup keperluan dr semua sudut~bukan stakat bg makan je~anak2 bukan cam haiwan ternak~didikan agama sgt penting,,,,coz anak tu jugak yg akan doakan mak ayah nanti~

    ReplyDelete
  3. wohh!! terase ok.. hehe..
    tp bagus entri neh coz wat owg sedar..
    hidung aku pn senget.. siap berdarah lg.. :P

    ReplyDelete
  4. dan anak2 yang tidak memberi kasih sayang kepada ibubapa yang berhak mendapat kasih sayang dari seorang anak..mcm mana?

    ReplyDelete
  5. amr, kak maryam, farie

    as i always say to myself entry dari hati memang berkesan.

    sulfitry,

    nanti kita kupas di entry lain.
    sad actually....

    ReplyDelete
  6. Aku paling ska entry pasai student tuh.. Ramai wey yang buat macam tuhhh~~~

    ReplyDelete
  7. aku tau. huhuhu aku pon lbeh kurang ja. beli komik, game.....

    tapi henpon aku bli ngan kolaborasi dwet abah dan aku tau.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen!

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena