Tuesday, November 20, 2012

Tudung Bidang 60'' Online Murah

Salam. Saya ada menjual tudung bidang 60'' brand akel, RM23 sehelai (tidak termasuk pos)dengan harga yang murah online.


Please go to my facebook SixtyInchesHijab for more details

For booking please pm me. or sms 0174717811 stating your name, and order.
Eg: 60" Three tone Cream/pink x1 pieces
Each tudung in this album is rm23 in price exclude postage.
 < 3 pieces by pos malaysia will be rm6.
Untuk order, sila pm/sms 0174717811 nyatakan nama dan order.

Monday, October 22, 2012

Fitrah, Jangan Jadi Fitnah

Tajuk dah cliche. Isi sama ja. Ini dari kaca mata saya.


Semua orang nak bercinta, tapi tak semua boleh bercinta.

Rasa sayang yang bertaut ni,macam magnet. Walau berlainan kutub, tarikan nak melekat tu kuat.  Orang yang mana boleh bercinta, yang mana tak boleh?

Mari jadikan hidup simple.

Yang haram itu tidak boleh, yang tidak ditegah itu boleh.

Contoh haram : ajnabi. Boleh jatuh kasih, jatuh cinta. tapi kalai dibiarkan magnet tu melekat sentiasa, tu adalah satu dosa. Tak paham analogi magnet melekat? Rujuk point ke 3.

Contoh yang tak ditegah, halal, digalakkan : cinta Allah, cinta Rasul, cinta ibu bapa, cinta kucing, cinta burung, langit, daun, rumput, laut, makanan sedap.

Cinta tu anugerah, fitrah, tapi ia juga pemusnah
Musnah apa? Iman?

Manusia ni, boleh cenderung kepada satu perkara ja dalam satu masa. Kalau dia cenderung ke akhirat, dia akan jauhkan diri dari dunia. Vice versa.
 (Kecenderungan kepada lelaki dan perempuan, bisexual tu dikira satu kategori ja ok. ok lari topik)

Kalau dia memilih keasyikan dunia,jarang dia nak mencari 'keasyikan' akhirat.
dalam dia tenggelam dalam mencari peluang beristirehat di dunia, di dunia dialah orang yang berkeluh kesah berperang dengan nafsu dan gelodak hati.

Ya bukan mudah nak menjadi superhero, untuk diri sendiri

Tapi kita perlu! Bukankah kita sudah mengaku dalam syahadat kita, kita percayakan Tuhan kita dan hari akhirat kita.
Sesiapa yang tak percaya akan hari akhirat, nescaya dia hidup bagaikan haiwan. berbogel, mencuri hak orang lain, melakukan seks bebas, berak sana sini. Jijik kan? Saja kasi perumpaan teruk sikit. Buat teruk kata orang

Fitrah itu datang bersama tanggungjawab, ingatlah!
Yang sementara, bercinta untuk suka-suki tanpa rasa beban tanggungjawab tu memanglah indah. Macam makan aiskrim, manisnya oh membahagiakan. Terembes segala endorphin, memberikan nikmat.

Tapi ingat, untuk orang yg memegang tanggungjawab, yang percaya pada hari akhirat, hidup tak sesimple itu. tak oh la la ~ macam dalam cerita korea.

Kalau anda cintakan seseorang, kahwinlah. Ajak dia kahwin.
Kalau anda masih belum mampu dari mana-mana segi, ikatlah hubungan anda secara sah dari adat dan agama. Libatkan keluarga. Dan peliharalah, hormatilah hubungan anda dan dia.
Kalau anda masih belum jumpa calonnya, berpuasalah. tahanlah. bercintalah dengan ilmu, kucing, langit dan bumi sekalipun.

jangan anda jejakkan diri anda ke lembah kehinaan.

Hoi, hina sangat ke orang dating, couple, dan bercanda berasmaradana ni?

Mereka ialah orang yang tidak menghormati diri mereka dan agama mereka. (tanpa tujuan) Hiduplah dengan syarat, dengan syariat.

Kalau anda nak hidup dalam rumah kayu jati, usahlah anda sibuk mengumpul buluh dan nipah untuk dijadikan bahan. Kumpullah jati.

Saya kawan ja, bukan lah tangkap cintan sangat pun.

Usah menipu diri sendiri. Klau jumpa anda hendak duduk dekat-dekat saja, bergurau senda seolah dunia anda yang punya, nampak dia atau kereta dia atau kasut dia di luar surau hati anda suka macam apa, usahlah tipu diri. Tengok cermin, senyum dan ketawa. Tak kan nampak muka anda masam dan menangis. (melainkan anda bela hantu raya/saka. jeng3)

Sungguh, kami kawan!
Maka peliaharalah adab sopan anda selaku kawan. Jangan sampaikan tak boleh nak beza mana kopi dengan keledak dari buntut kuali!

Doktor! Saya selalu rasa sunyi. Hidup macam tak bererti!
Selalu rasasunyi? Rasa bosan tak bertepi? Mahukan teman untuk tengok tv dan makan capati? Lihat kawan kanan dan kiri, anda tak selera macam dulu lagi?

Mungkin tandanya anda sudah perlu mencari pasangan hidup anda. yang halal ya, bukan yang anda suka hati nak usung sana kemari.

Wallahualam

Saturday, August 11, 2012

Pergi Tak Kembali

"dan apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan mengundurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya." 16:61

Raya tahun ni, pasti tak sama dengan raya tahun-tahun sebelumnya.

Selalu rutin pagi raya saya dimulakan dirumah, solat raya di masjid jika tak uzur dan terus ke rumah tok belah abah yang selang beberapa biji rumah saja dari masjid. Usai bersalaman, ada sesi tangkap gambar. Sekejap saja, keluarga kami tak berapa gemar bergambar, walau golongan muda beria-ia mengusung dslr ke sana ke mari. Layan tetamu, berkunjung ke saudara mara sekampung. Salam, makan, minta maaf. kalau dulu, kutip duit raya. Kalau sekarang, menjawab pertanyaan cepumas macam

"bila nak habis belajar?"
"nak jadi dokor di mana?"
"dah ada boyfriend?"
"'kawan' orang mana? doktor juga?"

dan lain-lain. Kemudian usai zohor, berangkat pula ke Felda Bukit Tembaga untuk beraya rumah sebelah mak. Sama juga, bersalaman, Ke dapur, makan. Aktiviti berziarah, kurang sebab saya kurang kenal orang kampung sini. Tunggu saudara mara bertandang sendiri. Malam, layan sepupu kecil-kecil main mercun Belah mak meriah, lebih 15 orang cucu kalau sekaligus balik. Tapi zaman berubah, kalau dulu kita main tanah dan lumpur, beraya seharian kumpul duit, mereka main PS dan laptop dalam rumah. T_T

Rasanya dah lebih 3 bulan tok kembali kepadaNya, kalau waktu arwah sihat, dia sibuk memasak untuk anak cucu. Favourite saya, gulai ikan temenung dengan roti arab, roti jala arwah. Kalut dia, nak jamu cucu dia makan. Kalau sembelih itik, ayam, dia paling bising suruh telefon anak-anak balik makan gulai.

Sebelum tok, adik arwah yang selalu balik beraya menetap di rumah tok pergi meninggalkan kami. Dalam kesibukan berulang alik ke hospital kerana tok yang uzur dengan sakit buah pinggang, dikejutkan arwah Tam chah masuk hospital, radang paru-paru.  Tam chah selalu ligat di dapur goreng mee, kalau dia ke villa kami di Padang terap, saya tak payah susah melayan. Dia sendiri masak. Arwah selalu berhubung dengan mama, bercerita dan berkongsi. Arwah suka dan fancy dengan ubat supplement selalu berkongsi dengan kami khasiat dan kebaikan supplementnya. Suara kecoh riuhnya di dapur kini hanya tinggal memori.

8 Ogos, 19 Ramadan, Allah duga kami sekali lagi, Pak Ndak adik mama pula dijemput Ilahi sebab kemalangan.. Pak Ndak yang saya kenal, selalu tersengih, spontan kelakar orangnya. Selalu hari raya dia akan angkut anak-anaknya yang masih kecil dan ramai ke rumah tok. meriahlah sekejap. Dengar suara budak-budak bermain, bergaduh, bersembang entah apa topiknya. Kali ni, entah macam mana.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa mereka, rahmati mereka, kasihani mereka dan moga Allah ampunkan dosa-dosa kami, rahmati kami dan kasihani kami, dan temukan kami dalam syurga abadi kelak.


Baginda Rasulullah kekasih Allah, sepanjang hidupnya orang-orang yang baginda sayang satu persatu pergi meninggalkanya.  Subhanallah, apa junjungan kita kata?

“Mata ini boleh menangis, hati ini boleh berduka. Tapi kita tidak mengucapkan kecuali apa yang diredhai Allah” ucap baginda Rasulullah atas pemergian puteranya Ibrahim.


 
*Apa yang kita miliki, hanya sementara. Isi keluarga, ibu bapa, atuk nenek, nyawa kita sendiri, semua pinjaman dan nikmat dari Allah semata-mata. Nikmatnya entah per berapa dari nikmatNya yang banyak sangat. Kalau kita tak letakkan kasih sayang kita yang nombor 1 kepadaNya, Allah tarik nikmat yang kita sayang sangat tu, mahu kita jadi gila.


** Dan kau pula mahu jadi lemah kerana cinta manusia?




Saturday, July 07, 2012

Pelik Sungguh Orang Melayu Part 1

Ada certain benda, cukup heran dengan orang kita.

1. Perempuan Islam tak bertudung/ Bertudung tapi seksi = Jahat

Ada orang yang saya kenal peribadi baik sangat, amalan sunat lagi baik dari saya. Malu pun ada.
Cepat sangat masyarakat nak letak title 'tak baik'. Tup tup satu hari dia pakai tudung, kan terus jadi wanita 'hampir sempurna'. Terkedu orang yang asyik mengata, terus tak ada modal.

Oleh itu wahai wanita-wanita tak bertudung/bertudung tapi seksi, tapi baik, marilah kita sempurnakan aurat, semoga kita x jadi fitnah pada diri sendiri dan agama, dan boleh 'katup' mulut orang dengan bergayanya.

2. Perempuan bertudung = Perangai macam malaikat

Ada wanita bertudung yang berperangai kurang molek, dijadikan sandaran oleh orang-orang yang kurang sempurna auratnya.

"tengoklah jemah tu, bertudung tapi sama jugak kuat mengumpat."

Cepat sangat masyarakat nak letak title kau pakai tudung perangai kau kena tiptop'. Tup tup satu hari dia berubah apa yang tak baik tu dah ditinggalkan, kan terus jadi wanita 'hampir sempurna'. Terkedu orang yang asyik mengata, terus tak ada modal.

Oleh itu wahai wanita-wanita bertudung/bertudung tapi seksi, tapi bersifat kurang baik, marilah kita perbetulkan keburukan kita, semoga kita x jadi fitnah pada diri sendiri dan agama, dan boleh 'katup' mulut orang dengan bergayanya.

*oh google gambar minag tudung untuk buat gambar hiasan, T_T lupakanlah.

Sunday, June 10, 2012

Rants: On Chances and Love

Yesterday I went to One Utama, Damansara.Despite the amount of money in the account, i went there to run some errands, well more on finding good foods actually.

I was not that well, so i let nani and adlin 'free' as i strolled alone. I went Daiso, my fav place, and grabbed myself few things. Then I left for Jusco as I had to buy Demox's wet food.

When im strolling alone, i was wondering, what if im not in my twenties? I started to imagine myself being 30s, 40s, and 50s, walking alone, with no one beside me like this.  I sighed.
Being lonely  is perfectly ok, dont get me wrong. But it is nice to have somebody to share thoughts, chatting and even arguing with you. It is more, err fun than beng alone and swimming in your own thoughts.

If I felt tired, I'll sit down. I once sat beside Chinese 2 kids who playfully poking each other. I smiled to them both, offering the empty seat as the boy who previously sat on the spot, shyly moved when I sit down.

Will I have the oppoturnity to have kids on my own?

On my right, was a Chinese girl, reading the 'siri pengembaraan' book that I loved. She was with her granny. I overheard her granny talking about mother who died, which become the cause why she has no mother. (I wonder whose mother?) Then she explained, the baby also died inside her. (I cant really hear them, just some parts)

One a part, i was touched.

"One day, popo will also die. It is natural."

The loving granny with her warmest tone also explained why her skin is wrinkling. "My skin is like this, because i am old. One day you also will be old."

Will I have the same chance as the granny, to be xplaining things to my grandchildren? Or will I have chance to tell stories of prophet Muhammad, the prophets series or their sahabat to my own generation?

Then the little girl moved, going with somebody she called auntie. The granny sat alone, looking down to the escalator. (we sit on the chair beside the escalator)

Then his husband came. She was hassling, asking why he came from that direction, as she was expecting he come from another. As she was bising-bising to his husband, she smiled and winked at me. I smiled back.

"Married people quarrel not beacuse they hate each other, it is a way of communication." My cousin once told me.

Disagreeing shouldnt change our affection toward each other. It is a form of communication.



Monday, June 04, 2012

Tudung dan Megi

"Kak Mah, adik bosan betul baca status-status facebook pasal aurat ni." Saleha merungut. Kak Mah yang sedang asyik menilik buku di tangan angkat kepala.

"Awatnya?" Kak Mah tanya. Matanya masih tak lepas dari buku. Saleha mengemaskan silanya. Terus duduk tegak. Saleha tengah menghadap laptop. Di halakan pada Kak Mah a.k.a Rahmah, senior satu jurusan yang berkongsi bilik dengannya.

"Tak lah, pakai tudung pun banyak songeh. Macam sister kristianlah, macam bonggol untalah, warna warni pun salah katanya menarik perhatian. Kalau material lycra seksilahlah. Singkatlah, kain jaranglah.

Apa? Tabarruj? Pakai tudung, tak boleh make up ke? Takkan nak muka plain ja? Apapa salahnya pakai bulu mata palsu, celak, blusher, lens warna-warna tu. Kan comel. Fitrahlah, wanita suka berhias cantik-cantik.

Lelaki, senanglah dok bising-bising. Bukan diorang pakai tudung pun. Sibuk!

Biarlah, tudung jugak. Tutup aurat pe?"

"Hm.." Kak MAh menjawab lesu. Macam layan tak layan. Saleha tak puas hati. Dipintalnya jurai rambutnya yang diwarnakan warna merah ala brunette kononnya.

"Pakai tudung ala hana tajima salah, tudung Yuna salah. Ehh orang pakai tudung pun satu rahmat tau. Kan Islam ni bukan paksaan. Pandai-pandai ja nak kondem orang pakai tudung. Maunya dia terus bukak. Susahlah macam ni. Takkan nak pakai ala khemah tu baru ok. Orang arab pun belit-belit selendang nampak jambul jugak. Eh akak, membebel ni, laparlah."

"Akak ada megi, kamu nak? Maggi perasa ayam." Kak MAh bangun, dia terus meghala ke pantry kecil di dalam bilik mereka. Mengeluarkan megi. Ditayang-tayang pada Saleha. Saleha angguk-angguk suka.

Rahmah keluarkan mee segera cap X tu,dimasukkan dalam bekas. Tangannya mencapai pili paip, lalu dimasukkan air sejuk fresh dari pili itu ke dalam megi. Megi tu di pecah-pecahkan. Lalu dia masukkan pula perasa, lalu dia kacau. Berketul-ketul perasa tu, timbul atas permukaan megi air sejuk. Lalu dia capai telur dan pecahkan dalam megi, terus dibaginya kepasa Saleha.

Saleha buat muka tak percaya, mata terbeliak.

"AKAK BIAR BETUL?? TAKKAN MASAK MEGI MACAM NI?"

"Betullah, samalah, megi jugak. Apa kisah masak air panas ke sejuk, makan ratah mentah ke tak. MEGI JUGAK" Balas Rahmah selamba.

"Mana boleh macam ni. Mana sedap, eii tak lalulah nak makan."

"Samalah macam tudung cik adik sayang, mana boleh suka hati buat. Kena ikut hukum syarak baru capai tujuan, hikmah dan pahala.. Kalau pakai sarung ja, macam buat megi tadilah. Tak sedap, tak boleh makan pun. Silap-silap sakit perut. "

Terus Rahmah masukkan 'mee super segera' tadi ke dalam multipurpose cooker dan dimasaknya.

Saleha, terdiam.

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena