Tuesday, August 10, 2010

Seminggu Majoriti Di Ward, Bila Sakit Tak Ada Yang Sudi Rawat?

Assalamualaikum..

(please read this story with sense of humour, because i laughed at the irony seen here. Im not mad at all. Not a slightest merajuk pun. )

Ok, imagine being me, a student whose time spend most in the wards. (really? i doubted that too. hoho)
Now that im sick.

On and off fever since 4 days ago. (not really relieved by paracetamol)
Worsens at night.
Since 2 days ago, i started to have difficulty in sleeping. (at worst last night about 4 am then i fell asleep)
Associated with nocturnal, chesty cough. Little amount of sputum, thick and whitish in colour.
Runny nose, worsens today, thick yellow mucus. been taken cough medication bought at pharmacy, not really helping.
Headache, sometimes. at frontal and sinuses area.
i have sore throat. Throat is red, with tonsillitis seen. Pain deviated to left ear, sometimes cause 'dengung' :P

 The lols is, im fine. i can jump and sing!
Im talkative as usual (ignoring the sore throat. hehe)

Hari ni saya ke kelas dengan niat nak ke klinik kesihatan.
Di Hospital Sungai Buloh tak ada outpatient clinic, memang kena go thru A&E department yang selalunya makan masa tak kurang 4 jam bila anda diletakkan dalam green zone.
So saya intai-intai, tak ada teksi yang available. So saya batalkan niat. Nak ke A&E jugak.
Lantaklah pukul berapa pun habis, at least saya di hospital.
The saya ke pejabat UiTM yang letaknya dalam hospital, tanya macam mana student nak dapatkan rawatan?
Lalu staf sana suggest klinik staf. Saya dah pernah ke sana, mereka tak ambil student as a patient.
Nak tak nak kena ke A&E (accident & emergency).
Jadi saya ke sana, ke kaunter pendaftaran dan pembayaran. Mereka kata saya kena ke kaunter saringan dulu.
Saya ke kaunter saringan.
Dia cakap "kami tak terima demam dik. Demam kena ke klinik kesihatan.. Mintaklah kawan doktor u tolong prescribed kan ubat.."
Saya dah letih dah masa tu. A&E department letaknya agak jauh dari main ward tempat saya bermain-main.
Saya naik atas, mintak Dr Faizal prescribekan ubat, dia cakap apasal tak ke pharmacy?
(dalam hati saya aiyoh.. dah berbiji panadol saya telan tak elok, nak ke pharmacy mintak apa?)
Dia kata lagipun saya kena ada patient id, kena register jugak ( yang kaunter pendaftaran reject saya tadi)

 Aduhai.. Apakah ini?

Saya bermain di wad kebanyakan masa, bila saya demam tak ada yang boleh kasi saya ubat. adakah saya perlu berlakon pengsan?
Mungkin saya nampak selamat dan sejahtera agaknya. :D

IRONY.

Heh salahkan karenah birokrasi.

Seriously, saya nak sangat ke klinik.

Saturday, August 07, 2010

Ya Ramadhan, Berkasihlah denganku Musim ini

Assalamualaikum..

Masa berlalu pantas, tau-tau sudah nak masuk bulan Ramadhan.



adik puasa penuh,. Bak duit raya!


Bagi saya ada beberapa kategori orang menyambut ramadhan

1. Golongan yang sambut Ramadhan dengan Minda Penuh Makanan
Ramadhan bulan makan, Makan sdap di bulan ramadhan. Saya rasa ni mostly kanak-kanak.
Dan sedikit ada jugak gambaran makan sedap di minda saya bila sebut pasal ramadhan.
Ya lah, masa ni lah jugak bazaar ramadhan jual macam-macam jenis delicacies yang masa bukan bulan puasa tak ada.

2. Golongan yang sambut Ramadhan dengan Hati Tak Sabar nak Beribadat
Semua tahu kan apa fadhilat Ramadhan? Pahala berganda, keampunan yang datang tak semena-mena. Memang Ramadhan ni bulan keraian bagi yang mengerti akan nilainya. Ada sampaikan seorang sahabat saya nak ambil pil perancang. gara-gara tidak mahu miss ramadhan walau sehari. Betullah, bulan ni bulan pahala, bila lagi nak compensate lagi keberatan dosa? Walaupun tak tentu amalan di Ramadhan kali ini dapat cover dosa yang menggunung dek bulan-bulan sebelumnya..

3. Golongan yang Sambut Ramadhan dengan Hati yang Sebal, Bebal
Ada kah orang begini? Merasakan Ramadhan bulan sia-sia, produktiviti kurang, bisnes tak jalan, beban terpaksa puasa, bulan yang undang sakit. Nauzubillah. Janganlah sampai ada yang buta hati macam ni. Yang bila dapat 'cuti bulanan' happy sebab tak usah puasa, tiap tahun kena bayar denda puasa yang tak pernah berjaya diganti. Tsk

4. Golongan Yang Sambut Ramadhan Tak Ada Beza dengan Bulan Lain
Apa beza puasa tak puasa?  Puasa pergi kerja, balik kerja berbuka. Terawikh bila hati terasa nak, atau bila berkesempatan. Tak ada bezanya. Rutin berjalan macam biasa.



Kalau saya, sewaktu jadi student sepenuh masa ni, tak usah cakaplah betapa tak bestnya puasa di perantauan.
Rindu nak sama-sama duduk bersila di tikar, menanti azan, menadah tangan bacaan doa oleh abang/tokwan.
Dah lama tak merasa semua tu. Ada hari kami akan berkumpul rumah tok, sama-sama sediakan hidangan nak berbuka.
Panggang ayam, ada yang buat itu ini. kecoh sungguh. Saya selalu tolong hidang saja. Ramai chef pakar, saya goyang kaki.
Sejak sepupu-sepupu dah kahwin, ada anak, masing-masing di negeri berlainan, tinggallah siapa saja di kampung?
Dengan saya yang memang sejak umur 13 jarang nampak muka di kampung (sampaikan orang kampung yang tak kenal saya),
sekarang giliran abang berhijrah ke negeri Selangor ni.
Jauh di sudut hati, saya harap abang lebih berat hatinya kepada adiknya seorang ini berbanding rakannya.
Sekali sekala dapat berbuka bersama jadilah.
kalau di Shah Alam ada Paksu dan maksu yang best, tak letih menjemput menghantar saya asrama, semata-mata nak saya berada bersama mereka.
Dengan abang, saya harapkan yang sama, kalau sekarang dia dah 'sibuk' dengan adik, apatah lagi bila dia dah berkahwin nanti?

Seumur hidup saya, hanya sekali mungkin, saya sangat merindui Ramadhan. tak salah saya semasa tingkatan 4 atau 5.
Ramadhan berlalu dengan linangan air mata, saya rasa sangat sayu.
Teresak saya menangis di tikar sejadah mengingatkan Ramadhan yang nak berlalu.
Mengenangkan betapa Ramadhan itu berkasih sayang dengan saya, saya terasa dekat dengan Tuhan, terasa kasih sayang-Nya.
Sayangnya, seumur hidup 20 tahun ni, hanya sekali.
Apa jadi tahun-tahun yang lain? (tolak tahun saya berhingus tu, tak acilah)
Tenggelam dalam kesibukan yang entah nyata atau dibuat-buat.
Mari doakan agar tahun ni, Ramadhan sudi berkasih dengan saya,
Dan Ramadhan seterusnya andai ada umur.

Allahumma balighna Ramadhan..
Allahumma balighna Ramadhan..
Allahumma balighna Ramadhan..

Thursday, August 05, 2010

Bila Mama Approve Skill Saya

Assalamualaikum..

Mama saya unik. Hee
Seingat saya dia jarang memuji anak-anaknya. Jarang memuji secara berdepan, maksud saya.
Macam "cantiknya lukisan adik" atau "comelnya hari ni?"

Semalam, bila saya bagitau mama yang kali ni, saya berpeluang berpuasa seminggu di rumah. Reaksi mama :

"Alamak mama dah pesan kuih banyak tahun ni!"
Saya pelik, kenapa kalau saya balik tak boleh pesan banyak. Sayakan hantu kuih?

Saya tanya kenapa? Mama kata,


 "Yalah, kalau kakak balik bolehlah buat kuih raya!" Terus saya senyum sampai telinga.

Rupanya mama approve kuih raya yang saya buat!
memanglah rupanya hodoh sikit.
Senget, tak sama saiz, hangit terlebih.  Selalu saya memang tak akan hidang. Malu.
Masalah besar saya bila memasak rupanya langsung tak boleh masuk market.
Tapi selalu mama akan paksa saya hidang. Nak jugak kasi kawan dia tau, anak dara dia ni bukan tahu baca buku aja.


Kata adik, "Rasa sedap, rupanya alahai..." haha





Saya mula minat buat kuih, biskut dan roti agaknya sejak sekolah. Cuma lepas matrik betul-betul saya buat.
Saya beli buku resepi. Kata mama, bukan boleh pakai sangat resepi dalam buku. Sukatan tak betul.
Dan dalam 5 buah buku yang saya ada, (dari mini size, free dari cornflakes, abah belikan),
ada sebuah buku yang jarang menjadi kalau saya buat.
Akhirnya kena alter sikit resepinya.
Jenis mama saya, kalau mintak di ajar, dia tak akan ajar.
Katanya dia tak reti. padahal dulu dialah yang sebenarnya inspirasi minat saya.
Kecil-kecil saya tolong golekkan doh dalam cornflakes, cukup seronok dapat tolong. kadang-kadang ke rumah jiran,
sebab nak tengok Cik Na saya bakar kuih. (dan rasa sekali. hehe tak puasa)

Bila satu ketika saya asyik 'buka kedai' , mama sudi sponsor sebuah oven untuk saya. betapa seronok.
terus shopping barang . Jauh di bandar (lebih kurang 1 jam 45 minit dari Kuala Nerang nak ke Alor Star)

Itulah, mama tak perlu direct cakap, saya tahu. Sayakan anak dia. Diakan mama saya.
ada sesetengah perkara memang mama tak perlu cakap, saya akan faham sendiri.
Ada ketika, saya harap saya lebih kuat dari mama untuk sokong dia dari belakang.
Kalau saya tak kuat, dia akan rebah bersama saya.


 ok yang cantik itu mama. yang sememeh tu anak dia. 
(semasa tengah kurus sikit, skang cam kena pam)

Kesimpulannya. Saya sayang my mama. Hoyeh!

Monday, August 02, 2010

Tolonglah Jangan Buat Begini Kat Orang

Assalamualaikum semua

gambar recycle.

Hari ni, saya nak berkongsi pengalaman sedikit.

Di kelas, saya ada meminta seorang dua lelaki, classmate saya untuk ajar/ sketchkan saya
skeleton figure untuk posture sebagai rujukan saya untuk melukis manga.

Dan kali ini, si A bertanya saya kenapa? Saya jawablah saja-saja.
Dia tanya, kenapa tak rujuk youtube/internet or else? Saya jawab sebab tak best.
And then dia tanya untuk apa?
Saya jawablah hobi. Kalau tak nak tak apalah.
Dan dia kata "Kalau hobi kenapa nak suruh orang lain?"
Dia tanya saya, ada kan budak perempuan yang pandai melukis.
Saya cakap ada, B dan C.


Dia cakap pada saya 
" Suruhlah diorang, kenapa nak suruh dia.SURUHLAH BUDAK PEREMPUAN AJAR."


T_T

kejadian ini disaksikan lagilah beberapa classmate saya yang lain.
saya rasa macam nak menangis, dan nak baling kasut dekat dia
Ada beberapa lagi student lelaki menghadiahkan saya senyuman super sinis.
Mujurlah sahabat saya yang seorang ni, terus ajak saya buat benda lain. 

Entahlah, cuba agak apa yang saya rasa?
Rasa sangat terhina, murah dan gedik kena dilabel sebegitu.
dah tak cukup perempuan ka? (ini tafsiran sendiri)
Post ini agak membuka pekung di dada sebenarnya.
Anda boleh label saya itu dan ini, boleh juga berkata hah padan muka.
Tapi saya tak kisah, bebas nak berkata apa, ini isi hati saya.

Oleh itu, saya nak mengadu di blog saya ni.

KENAPA SAYA MINTAK DIA?
Sebab dia lelakikah? Belajar dengan lelaki lebih fun, gitu?
janganlah berfikir macam tu, menangis mak ayah di kampung mendengar anak dara dia
suka lelaki sangat-sangat.
Mungkin dia ingat saya suruh dia lukiskan kartun untuk simpanan koleksi peribadi saya,
almaklumlah saya cakap BM macam keling, cakap BI macam apek

Begini, saya tahu dia berbakat melukis. Dan jugak beberapa yang lain. Saya pernah suarakan pada D, D tak mahu. tak apa.
B dengan C, kawan perempuan saya, saya belum suarakan, rasanya lagi best kalau saya pergi melepak bersama mereka
daripada mintak mereka lakarkan di kertas saja kasi saya.
Saya juga pernah request tutorial di blog lakaranHIDUPKU
Saya juga belajar di youtube, laman web manga, deviantart, bahkan dari ujang, gila-gila, komik-komik saya, semua saya jadikan rujukan.
saya download ebook melukis, cari di kedai buku akan buku-buku lukisan
saya belajar dari ayah, dan pak long
Pasal dunia interaktif ni, saya bukan NOOB.
tapi saya masih tak pandai. Saya hanya boleh melukis kartun chibi.
Saya tak pandai lukis posture manusia, walau patut dah terer sebab khatam anatomi

KALAU TAK MAHU MEMBANTU,
TAK USAHLAH KELUARKAN AYAT KEJAM SEBEGITU.

saya pun manusia, ada maruah.
Silap saya agaknya, gedik sangat nak mintak tolong lelaki.

teringat saya pada satu peristiwa kami meminta seorang kawan lelaki menjemput kami di pintu pagar,
kerana kami balik lewat malam.
Dalam hati saya, betapa malu.
Apakah yang difikirkan dia mengenai kami, anak-anak dara yang pulang lewat ni.
Di suatu kesempatan, saya dapat bertanya pada dia.
Apa yang dia fikirkan di malam dia jemput dan hantar kami tu?

Kata dia,
Dah orang mintak tolong, mesti ada sebab. sebab tu dia mintak tolong.
Dan sebab dia nak tolong, dia tak fikir lebih-lebih. Bersangka baik.

Dan dengan itu saya ucapkan terima kasih pada dia. Dia membantu tanpa menilai.
Dan saya pun, belajar dari sikapnya, cuba mambantu tanpa mengira apa. Selagi mampu, bantulah.
Allah akan bantu saya pulak lain kali.
Walau sesekali berat hati nak membantu, disebabkan masa etc, saya lawan juga. Ini ikrar saya tatkala muhasabah lalu.

 Maaflah, kalau terasa kehadiran saya menyerabutkan minda.
keramahan dan keso-sialan saya mengundang jelek
Saya sedar sapa diri saya.

*sambung muhasabah diri
mungkin ada Allah nak tegur saya apa-apa. Sudahlah, moga cepat saya lupakan apa yang berlaku.

Friday, July 30, 2010

Penulisan dan saya

Assalamualaikum semua,

Mengenali saya secara personal, saya rasa anda akan perasan betapa bizarre nya ide dan pandangan saya.
Selalunya ide dan pandangan saya berlawanan arus. Bukan disengajakan, bukan untuk mencari kelainan.
Kata orang "dalam berdakwah dan mencari diri dalam agama, siapa yang cuba mencari kelainan maka sesatlah dia."
kerana agama ini lurus, kita tidak boleh sengaja berbuat dosa untuk lebih cinta pada-Nya.

Jadi dengan kelebihan blog ini, sedikit sebanyak saya cuba salurkan rasa hati dan 'dua puluh sen' saya.
Masalahnya, saya seorang yang tidak stabil. ada musim dan arus ombak kuat perlahan.. jadi penulisan saya dalam blog culang calik,
saya mengerti itu menghampakan readers yang selalunya akan letak expectation setiap kalu blog diupdate..






Patah balik ke tajuk asal, saya dah lama mengidam nak bergerak dalam penulisan secara rasmi.
Zaman sekolah saya cuba nak join sidang redaksi majalah sekolah, mereka cakap saya dah terlalu aktif,
so tak kasi saya join. T_T
tapi alhamdulillah, saya join krew untuk majalah PRD (pembimbing rakan dinamik).
 Dapatlah merasa sekejap pengalaman  jadi krew.

Saya ni berfikiran kritis (mulut juga sama, sedang saya cuba kurangkan kelaseran nya)
Saya berpendapat sikap suka mengkritis ni sedikit sebanyak boleh annoy orang lain.
orang boleh anggap saya tak ada life, anything, everything matters to me.

Dan satu lagi sikap saya, saya tak dapat nak mengkonklusikan lagi apa hukumnya,
saya suka melihat, mengenal dan mengkaji peribadi orang.
Dari gerak geri, mimik muka dan perlakuan, saya suka meneka apa sebab dan tindakan seterusnya orang itu.
Saya tak berprasangka buruk, bahkan saya seringkali ketawa dengan 'hasil telahan' saya sendiri.
Meneka dan belajar dari personaliti dan kisah hidup orang, itulah saya.

Saya takut, jika ada yang tidak berapa kenal saya, mereka pasti ingat saya seorang yang
menjaga kain orang ( in a way macam iyalah jugak). suka menuduh, membuta tuli
tapi itulah personaliti diri saya.
masalahnya, saya terbawa-bawa juga.
Kadangkala kerana accuracy penilaian saya, saya cepat terusik, ya saya sensitif.
patut di tambah nadzirah sensitif selepas nama saya dalam ic. :P
berapa peratusan ketepatan? saya boleh meramal apa yang sedang dia fikirkan, tapi nama pun ramalan, tidak 100% tepat.
kadangkala, saya confirmkan, dan mereka bertanya, "how do i know?"

Berbalik pada bidang penulisan, masih menjadi separa kecintaan saya.
Selagi Allah membenarkan, dan hobi ini baik bagi dunia dan akhirat saya,
saya akan terus menzahirkan isi hati saya.
Cuma doa saya pada Allah, agar tambahkan ilmu saya.
Penulis yang tak berilmu, takkan bawa manfaat pada pembacanya, kan?

Terima kasih kerana membaca coretan super skema saya pada malam ini.

Thursday, July 29, 2010

Kahwin, Bukan sekadar cinta dan suka-suka

Assalamualaikum semua.

Hari ni tergerak nak brainstorm sikit minda pasal isu kahwin.Kebetulan incik munsyi jugak bercerita topik yang sama.

Tapi jangan salah faham, bukan sebab sangap atau gatal atau desperate sangat, tapi  memikirkan betapa banyaknya ganjaran pahala yang Allah janji nak bagi dalam sesebuah rumah tangga tu, tak terasa excited ka?
Benda kecik seperti senyum pada suami pun dikira pahala, apatah lagi sehari suntuk kita ikhlas berkhidmat padanya.

sekarang pun boleh berkhidmat pada ibu bapa, pensyarah, tolong kawan-kawan, tak payah nak tunggu nikah baru terasa nak buat baik, itu alasan ok. :D

 Ok lets begin.

\


Bagi saya, nikah kawin ni selalu diceritakan secara superficial saja. yang enak-enak saja dikata orang.
(memang sepatutnya yang baik jadi bualan, yang buruk simpan diam-diam)

Macam rumah yang tersergam indah, cat dan pintu yang dipuji orang,
padahal yang paling penting ialah tiang untuk menegakkan rumah tu.

Jadi apa tiang-tiang dalam menegakkan perkahwinan?
Mari kita bercakap dari segi lay man term.
Saya tak arif pasal agama, pemikiran saya banyak berlandaskan logik dan moral, tapi tak saya simpangkan dari agama. 
agama adalah teras judgement kita.

1. Tujuan
Apa tujuan perkahwinan?
adakah ia satu ending macam dalam cerita Cinderella atau Snow White?
"the love birds get married, and went happily ever after.. THE END"

Perkahwinan juga satu jenis permulaan.
Atau mungkin bagi sesetengah. suatu klimaks. Ya lah dah bercinta sekian lama, kawin ni kira waktu kemuncak la.
Kita belajar nak grad, nak kerja. Samalah kan, bercinta, untuk kawin. Dah berjaya kawin, happy!

Mungkin kalau list down balik, apa tujuan nikah kawin ni, ada yang akan termenung. (saya pun termenung)
adakah

a. orang lain semua kawin, kawin ajalah, tak usah pikir banyak-banyak
b. Habis tu apa tujuan berkawan lama-lama? Mestilah nak kawin
c. Nak bina hidup baru. Nak baby, nak rasa ada orang di sisi. (sebelum ni tak da ka?)
d. Nak lengkapkan agama. (dan disebalik ayat 3 patah tu panjang lagi huraiannya)

Entahlah, terasa nak buat survey pun ada. Boleh kot tanya-tanya akak-akak di wad paediatrik tu, kenapa ya mak kawin dengan ayah?
Haha apa agaknya reaksi?

2. Hala Tuju
Apa hala tuju kita?
Apakah benefit perkahwinan itu pada seseorang?
(selain yang superficial seperti dapat teman, bantal peluk, tukang masak, tukang cuci, drebar free)


nak dapat baby, then anak dah besar, menantu, cucu, bla bla bla. ada keturunan sendiri.
or nak be happy ever after?



Entah saya sendiri kabur dan was-was akan persoalan yang sendiri dibangkitkan.
Pada saya, perkahwinan ni untuk mencari keredhaan Allah. Kalau sebelum kahwin pun sama, mencari redha Allah,
cuma lepas kahwin, pada saya jalannya lebih komplikated. Tapi natijahnya manis.
Kan indah dapat suami soleh, yang hatinya melekat pada masjid? (provided diri tu jugak solehah, kalu tak mimpi siang hari saja)
Atau anak-anak yang solehah, yang tutur bicaranya menyejukkan hati? :D


#since i've been using the word kahwin too much lately, I wanna let u know i  take the word seriously, not using it for fun purposes only. Each time i used it, i take it highly. Some of you might think i joke about it way too much, and this is my sincere apology. My bad, im gonna change that habit from now on. bin taufiq wannnajah.. 

ok, i've deleted this one. its way too personal. i shouldnt express my anger here. Not for them to read, not for my readers too.

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena