Saturday, August 28, 2010

Kenapa ya?


Ilham oleh Hakimah K. Hani

(klik untuk besarkan)

Friday, August 27, 2010

Sikap kita Dengan Dosa



"Alah, Tuhan tu kan Maha Pengampun.."


Ujar Abeer bila membaca artikel di satu blog picisan, yang membicarakan pendapat tuan blog mengenai hukum menutup aurat dan fenomena masyarakat Islam Malaysia.


"Macamlah kalau pakai tudung baik sangat? Mulut laser jugak, mengumpat sana sini. Solat entah ya entah tidak" Ngomel dia lagi. Bila tuan blog menulis mengenai pandangan masyarakat tentang wanita bertudung dengan yang tidak dari segi akhlak dan akidah.


"Kenapa nak berlagak tuhan? Sesuka hati menghukum orang baik dan buruk?Konfem ke diri nak ke syurga atau neraka nanti?" Kata Abeer lagi tatkala membaca kesimpulan tipikal mana-mana artikel yang menyebutkan tentang aurat, iaitu aurat itu wajib ditutup dengan sempurna, tak sempurna maka berdosa, dan dosa membawa kita ke azabNya dan neraka.


Itu contoh mengenai aurat, saya ambil kerana baru selesai membaca pandangan mengenai aurat, sekaligus menjadi inspirasi saya menulis pada kala ini. saifulislam, cursingmalay


Isu hari ni bukan pada aurat, tapi pada sikap kita dengan dosa.
Tertarik dengan teori  kaedah melakukan dosa yang diutarakan di sini. 
I have the idea for quite long, and suddenly i found a blog artikel, which idea similar like mine,
but was put nicely by words. dengan petikan ayat qurannya, hadisnya..
Apalagi kan... ^_^


Saya petik dari blog beliau.. (boleh baca artikel penuh di sana. Sangat menarik .)








Empat jenis Alasan untuk kekal melakukan dosa adalah
1. Menebus dosa – melakukan kebajikan dan amalan-amalan kebaikan untuk menyedapkan hati bahawa sekurang-kurangnya kebaikannya itu membawa pahala kepadanya. contoh“walaupun kami tidak bertudung, tapi hati kami baik, kami pun solat, dsb”

2. Mengecilkan dosa – membandingkan dosa yang dilakukan dengan dosa-dosa lain yang lebih besar dan serius yang mungkin terjadi, sekaligus membawakan tanggapan dirinya “masih selamat” dan masih “tidak apa”. contoh.“Ala pegang tangan je pun, bukan cium-cium”

3. Membiasakan dosa - Meletakkan dirinya dalam kelompok majoriti yang turut melakukan dosa yang sama, agar membuatkannya berasa sedap hati bahawa dirinya tidak keseorangan dalam melakukan dosa tersebut. contoh “ala, ramai lagi yang join konsert tu”

4. Membandingkan dosa – Menyatakan kelemahan dalam diri golongan yang tidak melakukan dosa tersebut, agar membawakan perasaan bahawa dirinya tidak inferior dan perasaan bahawa adalah sama sahaja sama antara yang melakukan dosa itu mahupun yang tidak melakukan dosa itu. contoh “Ala orang yang bertudung pun bukan bagus sangat, tengok suratkhabar, ada je kes ustazah berzina”  
                                                                                                               dari leokid

Terkena juga dengan batang hidung sendiri. Banyak jugak dalam hidup kita memberikan alasan untuk berbuat dosa.
Saya rasa paling glamer adalah contoh
tika nak mengumpat "tak apa, aku nak cerita buat pengajaran untuk hangpa."
tika bercinta , "tak apa, kami tahu menjaga batas-batas agama." 
tika buang masa "tak apa, assignment boleh buat sehari sebelum hantar, Sempat ja" 
Tika dinihari (eheh tajuk nasyid) "tak apa kejap lagi sikit bangun Subuh."
Alih-alih terus terlepas.

Saya pun masih berlawan dengan sikap mencari alasan tatkala nak berbuat dosa.
takut alasan tak valid di depan Allah nanti. kan kantoi?
bayangkan bila pensyarah tak terima alasan kenapa assignment anda caca merba,

bayangkan muka kantoi dan perasaan anda ketika itu, macam itukah nak menghadap Ilahi kelak?

Ini ingatan lebih untuk diri sendiri. Mulut saya.... tsk. Alhamdulliah ramadhan bagi saya masa
yang cukup untuk muhasabah dan berubah.
Masih mencuba dan mencuba. Walau belum sampai ke kemuncaknya.
Saya rasa paling baik, jangan bagi alasan 

Dari seorang sahabat,




              Sebaik-baik hamba bukanlah hamba yang tidak pernah buat dosa, tetapi yang sentiasa bertaubat dari dosanya dan perbaiki dirinya.






 

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan dan Resolusi

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan





















Pengajaran Dan Resolusi Yang Saya Dapat Kali Ni

1. Kawal Amarah
2. Jaga mulut, mata serta fikiran
3. Sentiasalah bersangka baik
4. Diam itu sentiasa lebih baik. Jangan bercakap yang sia-sia.
5. Keseronokan dunia menjauhkan akhirat

Tuesday, August 24, 2010

Wallpaper Doa



Klik untuk besarkan


Salam Ramadhan.

Thursday, August 12, 2010

Its about Din Again.

Assalamualaikum...

Lately im keeping this blog as my 'diary hati'. Please bother with me bit more as i plan to write more about
knowledge rather than thoughts after this. Perhaps.
( for me, thoughts are knowledge too, but we have to carefully choose which is which)

if you read my blog, you might know who Din is..
For now he is Din, and i like that name because it is simple, and how it is close to Deen.
I pray to Allah, give me a husband who can show me the Deen, rather than a lover lead me for nothing.

Its Din and Din and Din.

I asked too much i think.
I asked for a man who people might tell me
"Its ridiculous! A man such that kind wont exist. It'll be in your imagination forever."
Then i keep telling myself this
"If that man exists, he wont choose you. Why choose from the likes of you where he has plenty of other which are better?"

Then we understand, that is why Allah is the one who chooses for us. Right?


Nite all.
Fever is going down, Feel all better. new symptoms, vomiting, nausea, and abdominal pain.
Alhamdulillah.

Tuesday, August 10, 2010

Dont Assume, Ask.

 Assalamualaikum..

Sebelum saya mulakan entri ini, saya nak minta maaf siap-siap. Sedikit sebanyak entri ini kalau dibaca pihak yang berkenaan pasti akan terguris hatinya. Namun saya tulis jua, isi hati saya perlu dicurahkah jadi saya minta maaf sekali lagi.
Tak payah susah-susah kritikal thinking mencari siapa sebalik cerita, anggaplah macam anda membaca sedutan novel saja.

"Demam kut?"
Itu jawapan segelintir orang bila ditanya tentang saya. Saya hanya mengangguk, atau menggeleng.
Saya seorang yang havoc di rumah, bila saya diam, dengan tuala atas kepala, suara macam radio habis bateri,
janganlah tanya saya begitu. Saya rasa sangat annoying. malas nak menjawab.
hancur luluh hati saya. tak kan tak tahu? 
Dan bila saya tak menjawab, janganlah dihempas pintu,
berjalan sampai bergegar lantai, tanda protes.
Tambah hari ke 5 ini memang saya terbaring saja. takkan assume saya malas nak bangun dari katil?
Saya tak mintak perhatian, tapi saya tak perlu perhatian yang dibuat-buat.

Saya habiskan masa di ward tengok orang sakit, hal sedikit macam demam, saya tak sanggup nak bising macam ayam berkokok.
Apalah demam saya, berbanding budak di wad yang ada H1N1, nephtrotic syndrome dengan muka macam dipam dengan air?

Dua, kalau saya menjawab dengan letih, mata merah, meleleh air mata, janganlah paksa saya menjawab soalan yang saya tak larat nak menjawabnya.
Be sensitive. Saya demam on off, ada masa saya sihat saya boleh angkat meja, kalau saya tak sihat, saya akan terbaring di katil saya.
Jangan bebal dengan saya, saya tengah demam, nasib baik. kalau waktu lain, temper tantrum saya akan dicetus, saya khuatir jadi perang saudara. Saya bukannya seorang penyabar.

Hari ke 5, saya tak ke kelas. Saya habiskan sepanjang masa berbungkus dengan selimut. Bila tak ada orang, saya ke klinik.
kenapa tak mintak tolong kawan? Style saya bab menyusahkan orang saya tak suka, selagi ada kudrat, ada teksi, saya kan cari.
Habis ikhtiar saya akan mintak tolong orang.

"Nampak ok ja mengadap laptop?"
Iyalah, nak saya baca buku tatkala saya begini? (kalau tak demam pun saya tak baca buku.)
Saya tak suka dimanjakan sakit (kecuali sengugut) kalau sakit saya akan bangun, baca komik, novel.
Penat duduk diam saja.
Kalau tak difikirkan saya bakal menjadi punca jangkitan kuman di wad kanak-kanak, saya akan ke wad.


"Makan megi lagi? Suka sangat makan megi? Nanti botak kepala tau.."
Saya ketawa. Dalam hati saya menangis sikit. Sejak pagi saya tak makan apa-apa.
Saya tak ke cafe pun, hibernate dalam bilik, (salah saya, tak ada rungutan di sini)
tanyalah dulu kenapa makan megi, jangan assume.

Saya tengah tak sihat, kalau saya menolak untuk menolong, janganlah bebal.
Nanti saya sihat, ada mood nak berbuat amal kebajikan, silakan mintak tolong.
Hempas kaki ke lantai? Saya demam pun tak tahu, nak marah-marah pula.


Saya telefon emak. Dia tak mendengar complain saya, tapi marahkan saya kenapa jalan-jalan ke supermarket boleh,
tapi nak ambil ubat tak boleh? Terus saya menangis, minta izin nak letak telefon.
Mak saya selalunya tak begitu, tok saya baru lepas keluar hospital, masalah buah pinggang rosak.
Saya nak berebut perhatian dia pula saat-saat ini. nasib sayalah.
Tapi sebab dia emak saya, tadi dia telefon. Bertanya saya sebagaimana saya rindui untuk diambil berat begitu.
Sebab itulah dia Mama, sentiasa tahu nak perbetulkan keadaan.

Betullah, kita paling manja bila kita sakit.

Saya ok ja, Saya dah belajar dari episod hidup yang lalu,
Allah ada dengan saya. Di saat saya berpaling darinya, Dia masih bersama saya.

Ini musibah yang entah apa-apa. Satu bentuk penghapusan dosa.
Demam tak kan buat saya lembik, sayakan wanita gagah.
Apa guna merungut, sakit pun anugerahNya.

tapi ia buka mata saya tentang benda-benda lain.



Salam Pertama Ramadhan :)

#hari lalu kamu begitu sombong, gembira dan angkuh atas diri kamu
hari ini?

Seminggu Majoriti Di Ward, Bila Sakit Tak Ada Yang Sudi Rawat?

Assalamualaikum..

(please read this story with sense of humour, because i laughed at the irony seen here. Im not mad at all. Not a slightest merajuk pun. )

Ok, imagine being me, a student whose time spend most in the wards. (really? i doubted that too. hoho)
Now that im sick.

On and off fever since 4 days ago. (not really relieved by paracetamol)
Worsens at night.
Since 2 days ago, i started to have difficulty in sleeping. (at worst last night about 4 am then i fell asleep)
Associated with nocturnal, chesty cough. Little amount of sputum, thick and whitish in colour.
Runny nose, worsens today, thick yellow mucus. been taken cough medication bought at pharmacy, not really helping.
Headache, sometimes. at frontal and sinuses area.
i have sore throat. Throat is red, with tonsillitis seen. Pain deviated to left ear, sometimes cause 'dengung' :P

 The lols is, im fine. i can jump and sing!
Im talkative as usual (ignoring the sore throat. hehe)

Hari ni saya ke kelas dengan niat nak ke klinik kesihatan.
Di Hospital Sungai Buloh tak ada outpatient clinic, memang kena go thru A&E department yang selalunya makan masa tak kurang 4 jam bila anda diletakkan dalam green zone.
So saya intai-intai, tak ada teksi yang available. So saya batalkan niat. Nak ke A&E jugak.
Lantaklah pukul berapa pun habis, at least saya di hospital.
The saya ke pejabat UiTM yang letaknya dalam hospital, tanya macam mana student nak dapatkan rawatan?
Lalu staf sana suggest klinik staf. Saya dah pernah ke sana, mereka tak ambil student as a patient.
Nak tak nak kena ke A&E (accident & emergency).
Jadi saya ke sana, ke kaunter pendaftaran dan pembayaran. Mereka kata saya kena ke kaunter saringan dulu.
Saya ke kaunter saringan.
Dia cakap "kami tak terima demam dik. Demam kena ke klinik kesihatan.. Mintaklah kawan doktor u tolong prescribed kan ubat.."
Saya dah letih dah masa tu. A&E department letaknya agak jauh dari main ward tempat saya bermain-main.
Saya naik atas, mintak Dr Faizal prescribekan ubat, dia cakap apasal tak ke pharmacy?
(dalam hati saya aiyoh.. dah berbiji panadol saya telan tak elok, nak ke pharmacy mintak apa?)
Dia kata lagipun saya kena ada patient id, kena register jugak ( yang kaunter pendaftaran reject saya tadi)

 Aduhai.. Apakah ini?

Saya bermain di wad kebanyakan masa, bila saya demam tak ada yang boleh kasi saya ubat. adakah saya perlu berlakon pengsan?
Mungkin saya nampak selamat dan sejahtera agaknya. :D

IRONY.

Heh salahkan karenah birokrasi.

Seriously, saya nak sangat ke klinik.

Saturday, August 07, 2010

Ya Ramadhan, Berkasihlah denganku Musim ini

Assalamualaikum..

Masa berlalu pantas, tau-tau sudah nak masuk bulan Ramadhan.



adik puasa penuh,. Bak duit raya!


Bagi saya ada beberapa kategori orang menyambut ramadhan

1. Golongan yang sambut Ramadhan dengan Minda Penuh Makanan
Ramadhan bulan makan, Makan sdap di bulan ramadhan. Saya rasa ni mostly kanak-kanak.
Dan sedikit ada jugak gambaran makan sedap di minda saya bila sebut pasal ramadhan.
Ya lah, masa ni lah jugak bazaar ramadhan jual macam-macam jenis delicacies yang masa bukan bulan puasa tak ada.

2. Golongan yang sambut Ramadhan dengan Hati Tak Sabar nak Beribadat
Semua tahu kan apa fadhilat Ramadhan? Pahala berganda, keampunan yang datang tak semena-mena. Memang Ramadhan ni bulan keraian bagi yang mengerti akan nilainya. Ada sampaikan seorang sahabat saya nak ambil pil perancang. gara-gara tidak mahu miss ramadhan walau sehari. Betullah, bulan ni bulan pahala, bila lagi nak compensate lagi keberatan dosa? Walaupun tak tentu amalan di Ramadhan kali ini dapat cover dosa yang menggunung dek bulan-bulan sebelumnya..

3. Golongan yang Sambut Ramadhan dengan Hati yang Sebal, Bebal
Ada kah orang begini? Merasakan Ramadhan bulan sia-sia, produktiviti kurang, bisnes tak jalan, beban terpaksa puasa, bulan yang undang sakit. Nauzubillah. Janganlah sampai ada yang buta hati macam ni. Yang bila dapat 'cuti bulanan' happy sebab tak usah puasa, tiap tahun kena bayar denda puasa yang tak pernah berjaya diganti. Tsk

4. Golongan Yang Sambut Ramadhan Tak Ada Beza dengan Bulan Lain
Apa beza puasa tak puasa?  Puasa pergi kerja, balik kerja berbuka. Terawikh bila hati terasa nak, atau bila berkesempatan. Tak ada bezanya. Rutin berjalan macam biasa.



Kalau saya, sewaktu jadi student sepenuh masa ni, tak usah cakaplah betapa tak bestnya puasa di perantauan.
Rindu nak sama-sama duduk bersila di tikar, menanti azan, menadah tangan bacaan doa oleh abang/tokwan.
Dah lama tak merasa semua tu. Ada hari kami akan berkumpul rumah tok, sama-sama sediakan hidangan nak berbuka.
Panggang ayam, ada yang buat itu ini. kecoh sungguh. Saya selalu tolong hidang saja. Ramai chef pakar, saya goyang kaki.
Sejak sepupu-sepupu dah kahwin, ada anak, masing-masing di negeri berlainan, tinggallah siapa saja di kampung?
Dengan saya yang memang sejak umur 13 jarang nampak muka di kampung (sampaikan orang kampung yang tak kenal saya),
sekarang giliran abang berhijrah ke negeri Selangor ni.
Jauh di sudut hati, saya harap abang lebih berat hatinya kepada adiknya seorang ini berbanding rakannya.
Sekali sekala dapat berbuka bersama jadilah.
kalau di Shah Alam ada Paksu dan maksu yang best, tak letih menjemput menghantar saya asrama, semata-mata nak saya berada bersama mereka.
Dengan abang, saya harapkan yang sama, kalau sekarang dia dah 'sibuk' dengan adik, apatah lagi bila dia dah berkahwin nanti?

Seumur hidup saya, hanya sekali mungkin, saya sangat merindui Ramadhan. tak salah saya semasa tingkatan 4 atau 5.
Ramadhan berlalu dengan linangan air mata, saya rasa sangat sayu.
Teresak saya menangis di tikar sejadah mengingatkan Ramadhan yang nak berlalu.
Mengenangkan betapa Ramadhan itu berkasih sayang dengan saya, saya terasa dekat dengan Tuhan, terasa kasih sayang-Nya.
Sayangnya, seumur hidup 20 tahun ni, hanya sekali.
Apa jadi tahun-tahun yang lain? (tolak tahun saya berhingus tu, tak acilah)
Tenggelam dalam kesibukan yang entah nyata atau dibuat-buat.
Mari doakan agar tahun ni, Ramadhan sudi berkasih dengan saya,
Dan Ramadhan seterusnya andai ada umur.

Allahumma balighna Ramadhan..
Allahumma balighna Ramadhan..
Allahumma balighna Ramadhan..

Thursday, August 05, 2010

Bila Mama Approve Skill Saya

Assalamualaikum..

Mama saya unik. Hee
Seingat saya dia jarang memuji anak-anaknya. Jarang memuji secara berdepan, maksud saya.
Macam "cantiknya lukisan adik" atau "comelnya hari ni?"

Semalam, bila saya bagitau mama yang kali ni, saya berpeluang berpuasa seminggu di rumah. Reaksi mama :

"Alamak mama dah pesan kuih banyak tahun ni!"
Saya pelik, kenapa kalau saya balik tak boleh pesan banyak. Sayakan hantu kuih?

Saya tanya kenapa? Mama kata,


 "Yalah, kalau kakak balik bolehlah buat kuih raya!" Terus saya senyum sampai telinga.

Rupanya mama approve kuih raya yang saya buat!
memanglah rupanya hodoh sikit.
Senget, tak sama saiz, hangit terlebih.  Selalu saya memang tak akan hidang. Malu.
Masalah besar saya bila memasak rupanya langsung tak boleh masuk market.
Tapi selalu mama akan paksa saya hidang. Nak jugak kasi kawan dia tau, anak dara dia ni bukan tahu baca buku aja.


Kata adik, "Rasa sedap, rupanya alahai..." haha





Saya mula minat buat kuih, biskut dan roti agaknya sejak sekolah. Cuma lepas matrik betul-betul saya buat.
Saya beli buku resepi. Kata mama, bukan boleh pakai sangat resepi dalam buku. Sukatan tak betul.
Dan dalam 5 buah buku yang saya ada, (dari mini size, free dari cornflakes, abah belikan),
ada sebuah buku yang jarang menjadi kalau saya buat.
Akhirnya kena alter sikit resepinya.
Jenis mama saya, kalau mintak di ajar, dia tak akan ajar.
Katanya dia tak reti. padahal dulu dialah yang sebenarnya inspirasi minat saya.
Kecil-kecil saya tolong golekkan doh dalam cornflakes, cukup seronok dapat tolong. kadang-kadang ke rumah jiran,
sebab nak tengok Cik Na saya bakar kuih. (dan rasa sekali. hehe tak puasa)

Bila satu ketika saya asyik 'buka kedai' , mama sudi sponsor sebuah oven untuk saya. betapa seronok.
terus shopping barang . Jauh di bandar (lebih kurang 1 jam 45 minit dari Kuala Nerang nak ke Alor Star)

Itulah, mama tak perlu direct cakap, saya tahu. Sayakan anak dia. Diakan mama saya.
ada sesetengah perkara memang mama tak perlu cakap, saya akan faham sendiri.
Ada ketika, saya harap saya lebih kuat dari mama untuk sokong dia dari belakang.
Kalau saya tak kuat, dia akan rebah bersama saya.


 ok yang cantik itu mama. yang sememeh tu anak dia. 
(semasa tengah kurus sikit, skang cam kena pam)

Kesimpulannya. Saya sayang my mama. Hoyeh!

Monday, August 02, 2010

Tolonglah Jangan Buat Begini Kat Orang

Assalamualaikum semua

gambar recycle.

Hari ni, saya nak berkongsi pengalaman sedikit.

Di kelas, saya ada meminta seorang dua lelaki, classmate saya untuk ajar/ sketchkan saya
skeleton figure untuk posture sebagai rujukan saya untuk melukis manga.

Dan kali ini, si A bertanya saya kenapa? Saya jawablah saja-saja.
Dia tanya, kenapa tak rujuk youtube/internet or else? Saya jawab sebab tak best.
And then dia tanya untuk apa?
Saya jawablah hobi. Kalau tak nak tak apalah.
Dan dia kata "Kalau hobi kenapa nak suruh orang lain?"
Dia tanya saya, ada kan budak perempuan yang pandai melukis.
Saya cakap ada, B dan C.


Dia cakap pada saya 
" Suruhlah diorang, kenapa nak suruh dia.SURUHLAH BUDAK PEREMPUAN AJAR."


T_T

kejadian ini disaksikan lagilah beberapa classmate saya yang lain.
saya rasa macam nak menangis, dan nak baling kasut dekat dia
Ada beberapa lagi student lelaki menghadiahkan saya senyuman super sinis.
Mujurlah sahabat saya yang seorang ni, terus ajak saya buat benda lain. 

Entahlah, cuba agak apa yang saya rasa?
Rasa sangat terhina, murah dan gedik kena dilabel sebegitu.
dah tak cukup perempuan ka? (ini tafsiran sendiri)
Post ini agak membuka pekung di dada sebenarnya.
Anda boleh label saya itu dan ini, boleh juga berkata hah padan muka.
Tapi saya tak kisah, bebas nak berkata apa, ini isi hati saya.

Oleh itu, saya nak mengadu di blog saya ni.

KENAPA SAYA MINTAK DIA?
Sebab dia lelakikah? Belajar dengan lelaki lebih fun, gitu?
janganlah berfikir macam tu, menangis mak ayah di kampung mendengar anak dara dia
suka lelaki sangat-sangat.
Mungkin dia ingat saya suruh dia lukiskan kartun untuk simpanan koleksi peribadi saya,
almaklumlah saya cakap BM macam keling, cakap BI macam apek

Begini, saya tahu dia berbakat melukis. Dan jugak beberapa yang lain. Saya pernah suarakan pada D, D tak mahu. tak apa.
B dengan C, kawan perempuan saya, saya belum suarakan, rasanya lagi best kalau saya pergi melepak bersama mereka
daripada mintak mereka lakarkan di kertas saja kasi saya.
Saya juga pernah request tutorial di blog lakaranHIDUPKU
Saya juga belajar di youtube, laman web manga, deviantart, bahkan dari ujang, gila-gila, komik-komik saya, semua saya jadikan rujukan.
saya download ebook melukis, cari di kedai buku akan buku-buku lukisan
saya belajar dari ayah, dan pak long
Pasal dunia interaktif ni, saya bukan NOOB.
tapi saya masih tak pandai. Saya hanya boleh melukis kartun chibi.
Saya tak pandai lukis posture manusia, walau patut dah terer sebab khatam anatomi

KALAU TAK MAHU MEMBANTU,
TAK USAHLAH KELUARKAN AYAT KEJAM SEBEGITU.

saya pun manusia, ada maruah.
Silap saya agaknya, gedik sangat nak mintak tolong lelaki.

teringat saya pada satu peristiwa kami meminta seorang kawan lelaki menjemput kami di pintu pagar,
kerana kami balik lewat malam.
Dalam hati saya, betapa malu.
Apakah yang difikirkan dia mengenai kami, anak-anak dara yang pulang lewat ni.
Di suatu kesempatan, saya dapat bertanya pada dia.
Apa yang dia fikirkan di malam dia jemput dan hantar kami tu?

Kata dia,
Dah orang mintak tolong, mesti ada sebab. sebab tu dia mintak tolong.
Dan sebab dia nak tolong, dia tak fikir lebih-lebih. Bersangka baik.

Dan dengan itu saya ucapkan terima kasih pada dia. Dia membantu tanpa menilai.
Dan saya pun, belajar dari sikapnya, cuba mambantu tanpa mengira apa. Selagi mampu, bantulah.
Allah akan bantu saya pulak lain kali.
Walau sesekali berat hati nak membantu, disebabkan masa etc, saya lawan juga. Ini ikrar saya tatkala muhasabah lalu.

 Maaflah, kalau terasa kehadiran saya menyerabutkan minda.
keramahan dan keso-sialan saya mengundang jelek
Saya sedar sapa diri saya.

*sambung muhasabah diri
mungkin ada Allah nak tegur saya apa-apa. Sudahlah, moga cepat saya lupakan apa yang berlaku.

© lifegotstory, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena